Jana Pendapatan Dengan SHOPEE !

Wednesday 18 September 2019

1,484 Sekolah Di Tutup Akibat Jerebu



Sebanyak 1,484 sekolah di tujuh negeri diarahkan tutup hari ini, berikutan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar kawasan masing-masing, setakat 1 tengah hari tadi.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM), penutupan sekolah terbabit membabitkan 1,003,310 pelajar.
Ini termasuk 66 sekolah di Wilayah Persekutuan membabitkan 48,527 pelajar dan 53 sekolah di Negeri Sembilan dengan 28,073 pelajar turut diarahkan tutup berikutan beberapa kawasan mencatatkan bacaan IPU melebihi 200 iaitu sangat tidak sihat.
Turut dilaporkan, Selangor mencatatkan penutupan sekolah paling tinggi iaitu membabitkan 538 sekolah diikuti Sarawak (337); Perak (303); Pulau Pinang (162) dan Putrajaya (25).




Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), setakat ini, tiga lokasi di Selangor mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu Petaling Jaya (207), Shah Alam (220) dan Johan Setia Klang (258).
Kualiti udara di Nilai, Negeri Sembilan turut berada pada paras sangat tidak sihat dengan bacaan 208 setakat 1 tengah hari.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).



Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 September 2019 @ 3:47 PM

Sumber : https://www.hmetro.com.my/

Nak buat DUIT tepi hanya dengan SHARE Di FACEBOOK ??  KLIK SINI & SINI
Nak SHOPPING sambil BERJIMAT ??  KLIK SINI  
Nak buat SURVEY sambil dapat GANJARAN ?? KLIK SINI

Lagi Artikel Terbaik Untuk Anda

Jana Income Dengan INSTAGRAM !

Jana Income Dengan FACEBOOK FANPAGE !

Kongsikan Pendapat atau Cadangan Anda kepada JOMLAHH TRAVEL

Name

Email *

Message *