Jana Pendapatan Dengan SHOPEE !

Monday 2 September 2019

63 Tempat Menarik Di Selangor...Ape Lagi, Jom Kite Terokai tempat-Tempat Menarik Di Selangor !

Terdiri daripada beberapa buah daerah yang berbeza, setiap daerah yang terdapat di negeri Selangor menawarkan sesuatu yang istimewa untuk dingati sesiapa sahaja yang menjadikannya destinasi pelancongan.
Nak tahu apa yang istimewanya di negeri ini? Teruskan membaca senarai 63 tempat menarik di Selangor sehingga ke penghujung, mana tahu, mungkin ada beberapa tempat yang menarik hati anda?

63. Mah Meri Cultural Village (Pulau Carey)


Mah Meri Cultural Village Selangor
Sumber: mmcv.org.my
Mesti ramai yang tak tahu bahawa di Selangor pun ada pulaunya. Di pulau yang dinamakan Pulau Carey ini terdapat sekumpulan masyarakat asli yang digelar Mah Meri.
Nak tahu lebih banyak tentang masyarakat asli ni? Anda boleh meneruskan perjalanan ke Mah Meri Cultural Village. Tapi untuk pengalaman yang lebih menarik, waktu terbaik untuk ke sini adalah sekitar bulan Mac ke April setiap tahun untuk melihat sambutan Hari Moyang, ketika musim perkahwinan atau Puja Pantai.
Di dalam kawasan kampung ini juga terdapat sebuah muzium atau galeri kecil yang mempamerkan pelbagai koleksi seni, agama, budaya dan pelbagai lagi berkaitan dengan masyarakat asli Mah Meri.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Jln Kampong Orang Asli Sungai Bumbun, Kampung Manikavasagam, 42960 Pulau Carey, Selangor
Waktu Operasi: Sabtu, Ahad, Custi Umum: 10.00 am – 6.00 pm
Bayaran Masuk (Perlu Booking Awal Dari Isnin – Jumaat):
  • Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-Kanak RM10
  • Mah Meri Traditional Village = RM 65 – RM 280

62. Bukit Broga


Bukit Broga Selangor
Sumber: Koleksi Viral
Bukit Broga atau turut dikenali sebagai Bukit Lalang memiliki ketinggian sehingga 400 meter ataupun mencecah sehingga 1,300 kaki. Pendakian ke puncak bukit ini dapat memberikan anda panorama indah kawasan sekitar. Untuk pengetahuan anda, Bukit Broga memiliki 3 buah puncak.
Puncak yang pertama menawarkan pemandangan sehingga ke Menara KL sekiranya tidak dihalangi oleh cuaca. Daripada puncak yang kedua pula anda dapat menikmati pemandangan matahari terbit yang cukup mempesonakan, untuk tujuan ini, mulakanlah pendakian seawal yang mungkin supaya tak terlepas ya?

Puncak yang terakhir sekali, anda dapat menikmati pemandangan yang sungguh mengujakan dari puncak yang tertinggi. Walau bagaimanapun, kalau boleh, datanglah ke sini sebelum waktu tengahari untuk mengelakkan pancaran mentari yang agak terik.
📍 Alamat
Alamat: Bukit Broga, Jln Broga, 43500 Semenyih, Selangor

61. Pantai Morib


Pantai Morib
Sumber: Phalinn Ooi
Terletak di Kuala Langat, Pantai Morib merupakan sebuah pantai yang tenang dan memiliki kawasan rumput yang agak luas untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga. Lokasinya yang tidak jauh dari bandaraya menjadikan ia destinasi tarikan untuk warga kota yang ingin menenangkan fikiran sambil menghirup udara segar yang menderu-menderu di Pantai Morib.
Kalau anda berniat ke sini, anda boleh merancang beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti berkelah, bermain layang-layang, menjamu selera di kedai-kedai seafood yang terdapat di sekitar, dan juga memancing ikan pada waktu air surut.
Bukan itu sahaja, kalau anda nak tahu, Pantai Morib ini juga menyimpan sejarah yang mana ia menjadi kawasan pendaratan askar British sewaktu perang dunia ke-2 untuk menyerang tentera Jepun. Anda sekeluarga dapat melihat monumen kecil  di tepi pantai ini yang menerangkan peristiwa bersejarah ini.
📍 Alamat
Alamat: Morib, 42700 Banting, Selangor

60. Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz


Sultan Abdul Aziz Museum
Sumber: Peter CB Yap

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz yang terletak di dalam bangunan kolonial klasik hasil idea A.B. Hubback pada tahun 1909 ini merupakan lokasi yang patut anda lawati sekiranya anda ingin mendapatkan pengetahuan tentang kehidupan Sultan Abdul Aziz Shah yang merupakan Sultan Selangor yang ke-8 pada tahun 1960 dan Yang di-Pertuan Agong yang ke-11 pada tahun 2001.
Anda dapat melihat pelbagai koleksi peribadi menarik Diraja termasuklah replika mahkota Diraja Selangor.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Bangunan Sultan Suleiman, 41000 Klang, Selangor Darul Ehsan
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10.00am – 5.00pm) | Isnin, Cuti Umum (Tutup)

59. Trick Art Museum i-City


Trick Art Museum Selangor
Sumber: Saya Sayang Selangor

Pameran lukisan-lukisan di dalam Trick Art Museum i-City ini adalah berdasarkan teknik seni lukisan purba Trompe L’oeil yang mana lukisan-lukisan yang dihasilkan menggunakan teknik ini  kelihatan realistik dan hidup dalam 3 dimensi.
Lukisan-lukisan 3D di muzium ini pasti membuatkan anda tertanya-tanya betul ke pandangan mata anda ni, seperti boleh disentuh tapi sebaik anda mendekatinya, ternyata ia hanyalah sebuah lukisan yang menipu mata anda.
Ilusi-ilusi optikal di sini menjadikan ia menarik untuk dijadikan props anda ber’posing’. Di dalam tapak yang berkeluasan 8000 kaki persegi ini anda dapat melihat 5 tema karya seni yang berbeza iaitu karya Mesir, Klasik Moden, Alam Haiwan, Karya Agung dan Hidupan Laut.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor
Bayaran Masuk: RM15
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (11.00am – 12.00am) | Jumaat (11.00am – 1.00am) | Sabtu, Cuti Umum, Cuti Sekolah (11.00am – 1.00am) | Ahad (11.am – 12.00am)

58. Muzium Orang Asli


Muzium Orang Asli
Sumber: Orang Selangor

Muzium Orang Asli yang terletak di Gombak ini menempatkan galeri yang mempamerkan koleksi artifak seperti belanga yang telah wujud lebih daripada 600 tahun, alat-alat muzik tradisional, pakaian dan bermacam lagi. Selain itu, muzium ini juga lengkap dengan dewan teater mini, kedai cenderamata dan sebuah perpusatakaan.
Kalau sudah puas belajar bermacam perkara baru di muzium ini, apa kata anda melawat pula perumahan kaum orang Asli yang terletak dekat sahaja dari muzium ini.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Muzium Orang Asli Gombak KM 24, Jalan Pahang Lama Gombak, 53100 Gombak, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)

57. Mines Resort City/ Mines Wellness City


Mines Resort City
Sumber: Subarna Zinnia

Pada asalnya, tapak Mines Wellness City ini merupakan tempat pelombongan bijih timah yang terbesar di dunia. Kini, ia dibangunkan dengan pelbagai tarikan menarik seperti hotel, pusat membeli-belah, padang golf,  pusat konvensyen dan Waterfront Business Park. Kalau anda singgah ke hotel yang bertaraf 7 bintang di sini, anda pasti teruja melihat rekabentuknya yang sangat menakjubkan.
Bersebelahan dengan hotel ini terdapat resort yang memilki tasik di mana anda boleh merasai pengalaman menaiki bot sambil melihat ikan-ikan yang terdapat banyak di dalam air. Sekiranya anda ke pusat membeli-belahnya pula anda pasti teruja melihatnya kerana bukan senang nak jumpa dalam dunia ni sebuah mall yang ada sungai di tengah-tengahnya.
Untuk anda yang datang bersama anak-anak, apa kata kalau anda membawa mereka bermain di Splash Park yang terletak di atas bumbung Mines Shopping Mall ini yang lengkap dengan taman permainan dan tempat bermain air. Menarik bukan? Apa lagi yang anda tunggu, datanglah bersama keluarga anda ke sini!
📍 Alamat
Alamat: Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Baca: 32 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

56. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah


Masjid-Sultan-Salahuddin Abdul Aziz Shah
Sumber: Firdouss Ross‎

Selepas Masjid Istiqlal yang terletak di Jakarta, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini merupakan masjid yang kedua yang terbesar di Asia Tenggara. Pada awal pembinaan masjid yang berkubah biru ini, jam antik yang telah berusia 600 tahun dan 4 buah lampu chandelier diberikan oleh Sultan Selangor untuk dijadikan sebahagian daripada masjid indah ini.
Senibina masjid yang pernah memegang rekod dunia sebagai masjid yang memiliki menara tertinggi pada tahun 1993 ini adalah kombinasi rekabentuk tradisional Islam Melayu, Asia Barat, Barat dan India. Amat menarik kisah masjid ini kan?  Datanglah ke masjid yang terletak di Shah Alam ini untuk melihat dengan lebih dekat lagi keindahannya. Anda pasti terpesona.
📍 Alamat
Alamat: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

55. SnoWalk i-City


Snowalk I City
Sumber: I City

SnoWalk i-City yang terletak di Shah Alam ini merupakan sajli indoor yang pertama di Malaysia. Suhu di dalam SnoWalk i-City ini dikawal untuk sentiasa berada di bawah 5 darjah celsius.
Yang menariknya lagi, terdapat lapisan salji dengan ketebalan 100 mm di lantai, kalau terasa cuaca di luar terlalu panas, datang je ke sini, kalah penyejuk udara di rumah. Pasti menyesal kalau datang dengan slipper, menggigil anda sekeluarga dalam ni nanti. Maka, pakailah kasut yang sesuai dengan musim ya.
Di samping itu, terdapat tarikan lain seperti kawasan permainan yang dapat memberikan keseronokan tak terkira kepada anak-anak seperti tempat membuat orang salji dan meluncur ais. Selain itu, anda juga dapat melihat lebih daripada 100 tan pameran ukiran ais yang telah dihasilkan oleh 30 orang pengukir yang handal.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (11.00am – 12.00am) | Jumaat (11.00am – 1.00am) | Sabtu, Cuti Umum, Cuti Sekolah (11.00am – 1.00am) | Ahad (11.am – 12.00am)
Bayaran Masuk: Dewasa RM65 | Kanak-Kanak RM55

54. Klang Gates Quartz Ridge


Quartz Ridge Klang Valley
Sumber: Chee Hong
Nama mudah bagi Klang Gates Quartz Ridge yang agak sukar untuk disebut ini adalah Bukit Tabur. Berkepanjangan lebih daripada 16 km dan dengan kelebaran 200 m menjadikan ia kawasan permatang kuarza yang terpanjang di dunia.
Sekiranya anda ke sini, anda dapat melihat 5 jenis tumbuhan endemik iaitu jenis tumbuhan yang tidak dapat ditemui di kawasan lain di dunia. Pendakian Bukit Tabur ini memberikan anda pemandangan yang indah tasik Hulu Kelang di bahagian utara dan bandar Kuala Lumpur di bahagian selatan.
Selain itu, anda juga dapat melihat mineral kuarza yang terbentuk cantik di sini.  Apa-apa pun, kalau anda teringin mendaki Bukit Tabur ini, anda mestilah bukan seorang yang gayat, sebab kawasan cerunnya agak curam.
Selepas puas melihat pemandangan apa kata kalau terjun mandi pula dalam air sungai yang jernih yang terdapat di bawah empangan di sini. Memang best untuk datang bersama keluarga, tapi pastikan masing-masing berpakaian sesuai untuk mendaki dan larat untuk ke puncak yang agak mencabar ini.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Bukit Tabur, Persiaran Bukit Melawati, 68000, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00am – 7.00pm)

53. Pantai Bagan Lalang


Bagan Lalang
Sumber: Khairil Yusof

Pantai Bagan Lalang ini tidak kurang menariknya daripada Pantai Morib yang lebih terkenal. Pantai ini cukup lengkap dengan fasiliti penting dan ia sesuai untuk anda datang bersama keluarga di hujung minggu untuk meluangkan masa dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti ber’bbq’, berkelah, bermain pasir, bermain layang-layang, dan bermacam lagilah.
Agak banyak permainan menarik yang anda boleh main di sini sebab Pantai Bagan Lalang ini memiliki kawasan yang agak luas dan lapang.
Aktiviti berkhemah juga best untuk dilakukan di sini, dapatlah tidur dengan bunyi air laut sebagai halwa telinga dan menghirup udara segar. Yang penting, anda sekeluarga dapat mencipta memori indah sekali-sekala buat sesuatu yang lain dari yang biasa kan.
📍 Alamat
Alamat: Pantai Bagan Lalang, 43950 Sepang

52. Kuan Wellness Eco Park


Kuan Wellness Eco Park
Sumber: Kuan Wellness
Terletak di Tanjung Sepat, Kuan Wellness Eco Park merupakan sebuah destinasi pelancongan untuk mendekati alam semulajadi yang sangat menarik untuk dilawati. Dengan keluasan sebesar 5 ekar, taman ekologi ini menempatkan 3 1/2 tingkat rumah burung layang-layang yang dikelilingi oleh ladang buah-buahan tropika dan ladang kelapa sawit.
Di samping itu, anda juga dapat melihat galeri burung layang-layang, mendapat pengetahuan tentang penghasilan sarang burung, melawat zoo mini yang menempatkan pelbagai jenis haiwan dan banyak lagi tarikan menarik yang terdapat di sini. Nak tahu? Ajaklah keluarga anda ke sini, dapatlah anda sekeluarga pelajari sedikit sebanyak tentang alam semulajadi yang kaya dengan pelbagai manfaat yang tersembunyi ini.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Lot 408, Jalan Tanjung Layang, Kg Tanjung Layang, Mukim Batu, 42800 Tanjung Sepat, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa & Rabu (9.00 am – 6.00 pm)
Bayaran Masuk: Mini Zoo RM5 | Swiftlet Home RM3

51. Paya Indah Wetlands


Paya Indah Wetland
Sumber: Paya Indah Wetland

Paya Indah Wetlands merupakan kawasan tanah lembab buatan manusia yang terhasil selepas dijadikan kawasan perlombongan bijih timah. Penggalian tanah dari perlombongan ini menghasilkan tasik yang kini menjadi habitat bagi pelbagai jenis ikan, tumbuh-tumbuhan seperti teratai dan juga haiwan seperti badak air dan buaya.
Kalau anda ke sini, anda dapat melakukan beberapa aktiviti menarik seperti menikmati pemandangan daripada menara pemerhati yang memberikan anda pemandangan 360 darjah kawasan sekitar.
Selain itu, dengan pokok-pokok yang tumbuh meliar di kawasan hutan sekitarnya, ia menarik perhatian banyak spesis burung, dianggarkan terdapat dalam 213 jenis burung yang menjadikan Paya Indah Wetlands sebagai habitat mereka, ini menjadikan aktiviti memerhati burung agak seronok untuk dilakukan di sini.
Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga adalah berbasikal, berkayak, memancing dan memberi makan kepada badak-badak air dan buaya yang terdapat di tasik ini.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Paya Indah Wetlands, Jabatan Perhilitan, Km 4, Jalan Dengkil – Banting, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (7.30am – 7.00pm) | Jumaat (Tutup dari 12.15pm – 2.45pm)

50. Kepong Metropolitan Park


Kepong Metropolitan Park
Sumber: The Henge Residence

Taman Metropolitan Kepong ini terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dengan aktiviti bermain layang-layang dan juga berjogging.
Taman yang berkeluasan 95 hektar ini turut lengkap dengan kemudahan lain seperti trek basikal, padang bola sepak, menara pemerhatian, trek kereta kawalan, pondok-pondok santai dan taman permainan. Bagi anda yang kaki memancing pula, anda dibenarkan memancing di tasik seluas 57 hektar di taman ini.
Bercakap tentang permainan layang-layang yang terkenal di sini, kalau anda datang pada hujung minggu, anda dapat melihat bermacam jenis layang-layang diterbangkan di awan, dari yang kecil sehinggalah yang bersaiz besar sehingga 30 kaki dalam pelbagai warna. Satu pemandangan yang menarik untuk dilihat sambil menenangkan fikiran di sini.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Kepong Metropolitan Park, Jalan Lingkaran Tengah, Kuala Lumpur, 52100
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00am – 8.00pm)

49. Kuala Selangor Fireflies


Kuala-Selangor-Firefly-Park
Sumber: Transitions Optical Malaysia

Anda suka melihat lampu yang cantik? Kalau anda datang ke sini, di Sungai Selangor anda boleh menaiki bot untuk melihat banyak kelip-kelip yang terbang bebas yang mengeluarkan cahaya semulajadi, mengalahkan keindahan chandelier di dalam kapal Titanic.
Tiada apa yang dapat menandingi keindahan alam semulajadi. Untuk pengetahuan anda juga, Kuala Selangor merupakan salah satu kawasan yang memiliki koloni kelip-kelip terbesar di dunia.
Pasti anda terpesona melihat kecantikan kelip-kelip dalam suasana gelap di sekitar, ibarat hidup dalam dunia magikal. Sebelum anda ke sini, dinasihatkan supaya jangan membuat bunyi bising dan tidak menggunakan kamera berflash kalau nak melihat kelip-kelip ini dengan sepuas hati, sekiranya kelip-kelip lari daripada anda, apa yang nak dilihat?
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Firefly Park Resort Sdn Bhd, Jalan Haji Omar, Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor, 45000 Selangor Darul Ehsan.
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Pada Hari Hujan (7.00pm – 10.00pm)
Bayaran Masuk: RM15

48. Kota Damansara Community Forest Park


Kota Damansara Community Forest Park
Sumber: Nor Azman Mohd Zawawi

Dengan keluasan 800 ekar, Taman Rimba Komuniti Kota Damansara memberikan ruang nafas kepada warga kota yang ingin lari dari hiruk-pikuk kota metropolitan. Di sini anda dapat menikmati kekayaan flora dan fauna yang indah dan sangat mengujakan.
Untuk kemudahan anda yang ingin menerokai taman rimba ini, disediakan denai-denai atau laluan untuk pengunjung menikmati tanpa perlu mengerut dahi takut tersesat dalam hutan yang kelihatan sama sahaja daripada pelbagai sudut.
Terdapat dalam 9 batang denai yang disediakan untuk anda, bagi anda yang datang bersama anak kecil, denai yang paling sesuai ialah Denai Petaling yang mengelilingi kawasan tasik dan sesuai untuk semua tahap stamina.
Kalau ingin melihat tumbuh-tumbuhan yang digunakan masyarakat Orang Asli Temuan secara tradisional untuk membuat pelbagai kraftangan dan makanan, anda boleh melawat taman etnobotani yang terletak di Denai Tahak Sipew.
Nak tahu apa lagi yang terdapat di denai-denai yang lain, apa kata kalau anda terokai sendiri taman rimba ini, kalau dah tahu semuanya dari artikel ini, tak surpriselah kan?
📍 Alamat
Alamat: Section 10, Kota Damansara, Kuala Lumpur

47. Pantai Remis


Pantai Remis
Sumber: Ee Kok Jin

Pantai Remis merupakan sebuah pantai yang indah dan sering menjadi tarikan ramai penduduk tempatan yang ingin berkelah pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Namun, kalau anda ingin berenang-renang, air di pantai ini agak tidak sesuai kerana ia ditambak oleh batu-batu besar.
Tapi, banyak aktiviti menarik yang lain yang boleh dibuat di sini seperti menikmati makanan laut di gerai-gerai di sekitar pantai, bermain layang-layang, memancing ikan, dan mencari kerang atau ala-ala.
Pengalaman berkelah di sini pasti menjadi satu memori yang manis bersama keluarga terutama sekiranya anda berpeluang menyaksikan cahaya indah matahari terbenam yang memantulkan cahaya pada air laut.
Bukan itu sahaja, kalau anda ingin berseronok di pantai ini dengan lebih lama lagi, anda sekeluarga boleh menginap di penginapan kabin yang terdapat di sini yang lengkap dengan tempat untuk berBBQ dan kolam renang. Ada idea lain yang lebih baik daripada meluangkan masa di Pantai Remis?
📍 Alamat
Alamat: Pantai Remis, 45800, Jeram, Kuala Selangor

46. Taman Rimba Kiara


Taman Rimba
Sumber: Jonathan Hurley

Taman Rimba Kiara boleh dikatakan sebagai salah satu daripada taman penuh kehijauan yang sangat indah yang terdapat di Kuala Lumpur.
Di sini terdapat lebih daripada 40 spesis burung yang kebanyakannya merupakan spesis-spesis burung yang dilindungi sepenuhnya seperti burung enggang dan burung helang-kembara merah. Jangan lupa untuk membawa teropong kalau ke sini.
📍 Alamat
Alamat: Taman Rimba Kiara, Jalan Tun Mohd Fuad, Kuala Lumpur, 60000

45. Muzium Coklat Kota Damansara


Damansara Chocolate Museum
Sumber: Damansara Chocolate Museum

Bagi anda yang gilakan coklat (siapa tak?) jomlah ke Muzium Coklat Kota Damansara. Di sini terdapat pameran tentang coklat dari awal penemuan kegunaan biji koko pada zaman Olmex di Mexico (1200BC – 300BC) sehinggalah ke zaman moden yang menghasilkan coklat dengan menggunakan pelbagai jenis mesin.
Salah satu perkara yang anda dapat ketahui daripada pameran ini adalah tentang bagaimana kaum purba Mayan dan Aztec yang gemar membuat air coklat dengan menjadikan bahagian atasnya berbuih sebagaimana teh tarik dibuat, nampaknya, orang Melayu bukanlah yang pertama yang mencipta air yang ditarik-tarik ini.
Selain pameran ini, anda juga dapat melihat bagaimana coklat diproses. Demonstrasi pemprosesan coklat ini bermula dari pukul 12.00pm ke 3.00pm. Anak-anak pasti seronok kerana bukan sahaja dapat melihat demo pembuatan coklat yang mengiurkan ini, mereka juga dapat merasa coklat-coklat ini.
Kalau anda nak naikkan mood sebelum ke muzium ini apa kata kalau anda menonton filem Charlie and the Chocolate Factory terlebih dahulu, dah ada mood, enjoy semacam anda sekeluarga di muzium ini nanti.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: No.2, Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1, 47810 Kota Damansara, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 5.00pm)
Bayaran Masuk: Percuma

44. Pulau Ketam


Pulau Ketam
Sumber: Herman Wong

Pulau ini terletak di Sungai Klang yang berdekatan dengan kawasan pelabuhan. Mesti anda skeptikal kan dengan kedudukannya di kawasan yang terkenal dengan perindustriannya ni, kata orang, tak kenal maka tak cinta, jom pergi dulu ke sini, lihat sendiri betapa harmoninya perkampungan nelayan masyarakat Cina yang sudah bermula sejak tahun 1880 lagi.
Dari kawasan darat anda perlu menaiki feri yang akan melalui kawasan bakau sebelum sampai ke pulau ini. Setibanya di Pulau Ketam, anda akan dapat menyaksikan sendiri masyarakat-masyarakat di pulau ini yang menggunakan basikal sebagai pengangkutan utama, ibarat menjejakkan kaki ke zaman klasik pula rasanya.
Tiada kereta langsung yang dapat dilihat di sini. Selain itu, anda dapat melihat masyarakat kampung yang sedang membaiki jala, memproses udang dan bermacam lagi yang tak dapat dilihat di kota. Satu pengalaman yang unik untuk dirasai bersama keluarga.
📍 Alamat
Alamat: Pulau Ketam, Selangor

43. Pulau Indah


Pulau Indah
Sumber: Mohd Firdaus

Pulau Indah ini pada asalnya merupakan sebuah pulau yang tidak disentuh oleh modenisasi sedikit pun sebagai sebuah perkampungan nelayan yang dikelilingi paya bakau. Namun, sejak tahun 1994, selepas pembinaan jambatan Selat Lumut dibina yang menghubungkan Pulau Indah dan Pelabuhan Klang, Pulau Indah menawarkan dua dunia berbeza kepada para pelawat.
Kalau anda datang ke sini, anda dapat melihat bahawa di sebelah utara bandar ini meriah dengan pembangunan, perniagaan dan perindustrian, manakala di bahagian selatannya pula masih kukuh mengekalkan keharmonian kampung-kampung yang dalam masa yang sama menjaga dan mengembangkan lagi kawasan bakau untuk menjadikan ia pusat eko pelancongan yang menarik untuk dilawati.
Jika anda ingin membeli-belah dengan murah di kawasan bebas cukai, anda boleh ke sebelah utara pulau ini, jika anda dan keluarga hanya ada satu dalam fikiran, iaitu mendapatkan ketenangan jauh dari kesibukan kota, selatan Pulau Indah merupakan destinasi yang patut dilawati. Nak buat dua-dua pun apa salahnya!
📍 Alamat
Alamat: Pulau Indah, 42920 Port Klang, Selangor

42. Bukit Melawati


Bukit Melawati
Sumber: BRO Buzz

Untuk ke Bukit Melawati dari KL hanya mengambil masa selama 1 jam sahaja. Sampai sahaja di sini anda pasti teruja dengan keindahan pemandangan yang ditawarkan di bukti ini yang ternyata sangat indah. Mana taknya, dari bukit ini, anda akan disajikan dengan pemandangan laut Selat Melaka dan kawasan-kawasan kampung nelayan yang terdapat di sekitar.
Bukan itu sahaja yang menarik di sini kerana di atas Bukit Melawati ini juga terdapat pelbagai peninggalan bersejarah seperti rumah api, kubu lama, perigi beracun, kubur diraja, beberapa buah meriam dan lain-lain lagi sehinggakan bukit ini diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Bersejarah dibawah Akta Bendapurba.
Di samping itu, anda dan keluarga juga dapat berseronok melihat keletah monyet-monyet lutong dan kera yang banyak terdapat di sini. Terutama sekali monyet lutong yang agak mesra dengan pengunjung yang datang memberikan makan. Tapi anda perlu berjaga-jaga sedikit dengan kera, ia agak agresif berbanding monyet biasa.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Jalan Semarak, 45000 Kuala Selangor
Waktu Operasi: Sabtu, Ahad & Cuti Umum (9.00am – 6.00pm)
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

41. FRIM


Forest Research Institute Malaysia
Sumber: Adventurous Malaysia

Tak tahan dengan pencemaran di kawasan bandar, anda dan keluarga ingin selamatkan diri dari semua ni? Jom ke FRIM, nak lagi best, datang awal-awal lagi di waktu daun-daun berembun dan udara sangat segar, barulah terasa berbaloi dah datang dari jauh.
Untuk anda yang terasa badan agak berat, apa kata kalau berjogging sambil mendaki bukit di FRIM ni. Pemandangan pun sangat mengujakan. Di FRIM ini bukan setakat hutan rimba, anda juga boleh bermandi-manda atau berkelah di air terjun indah yang terdapat di sini. Sambil berkelah tu, pejamkan mata anda dan tenangkan fikiran sambil mendengar kicauan burung yang berterbangan.
Bukan itu sahaja, anda boleh juga mengajak keluarga anda melawat Taman Botani Kepong yang juga terletak di FRIM ini. Taman Botani ini menawarkan lanskap yang indah, sesuai untuk anda bergambar bersama keluarga.
Kalau anda ingin menerokai hutan FRIM ini pula, anda boleh mendapatkan khidmat pemandu pelancong yang akan turut memberikan penerangan tentang flora dan fauna di hutan rimba ini di samping mengelakkan anda daripada tersesat.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Jalan FRIM, Kepong, Petaling Jaya 52109
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (6.00 am – 7.30 am, 8.30 am – 7.00 pm) | Sabtu & Ahad (6.00 am – 7.00 pm)
Bayaran Masuk: Orang Awam MyKad: RM1, Biasa: RM5 | Basikal: RM2 | Kereta: RM5

40. Gua Damai Xtreme Park


Gua Damai Xtreme Park
Sumber: Gua Damai Xtreme Park

Bertempat di bahagian utara Batu Caves, Gua Damai Xtreme Park merupakan destinasi pilihan bagi ramai peminat aktiviti lasak memanjat dinding ataupun wall climbing. Terdapat lebih daripada 70 ruang memanjat, aktiviti lasak di sini bukan sahaja boleh dilakukan pada siang hari, kerana ia turut dilengkapi dengan spotlight untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti wall climbing pada waktu malam.
Sebelum anda ke sini, anda perlu tahu yang aktiviti memanjat dinding di sini agak mencabar, walau apapun, inilah salah satu sukan yang dapat membentuk jati diri supaya menjadi seorang tidak mudah berputus asa untuk menuju ke puncak, nak ajar anak anda sesuatu yang berharga, bawalah mereka ke sini.
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: Kampung Melayu Wira Damai Batu Caves, Selangor Malaysia
Bayaran Masuk: Sport Climbing Course RM180 | Fun Climbing RM100 | Fun Abseiling RM100 | Climbing & Abseiling RM130 | Gua Damai x-Package RM160 | Abseiling RM90 DLL.

39. Kidzania


KidZania Kuala Lumpur
Sumber: Kidzania

Alam dewasa bukanlah satu dunia yang mudah, banyak perkara yang perlu diambil kira, tak naklah anak-anak anda terkejut sangat bila dah sampai waktunya nanti kan, jadi apa kata kalau anda bawa mereka ke Kidzania, sebuah dunia di mana anak-anak anda boleh memilih pekerjaan yang mereka ingin cuba seperti menjadi DJ radio, doktor, jururawat, pakar kecantikan, jurugambar dan banyak lagilah yang bukan sahaja dapat menaikkan keyakinan diri dalam bersosial bersama kanak-kanak lain, malahan dapat mencungkil kreativiti dan kemampuan mereka untuk berfikir dengan kritikal.
Dalam dunia Kidzania, apa sahaja pekerjaan yang mereka lakukan akan diberikan gaji dalam matawang Kidzo yang seterusnya boleh digunakan untuk membeli-belah atau berseronok dengan aktiviti lain yang terdapat di sini.
Anak-anak boleh belajar berjimat dan memahami kepentingan bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Satu aktiviti menarik yang sangat bermanfaat bukan?
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: KidZania Kuala Lumpur, Curve NX, 18 Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Ahad – Jumaat (10.00 am- 5.00 pm) | Sabtu, Cuti Umum, Cuti Sekolah (10.00 am – 7.00 pm) | Ramadhan (9.00 am – 4.00 pm) | Isnin Tutup
Bayaran Masuk (Walk-In): 0 -1 Tahun Percuma | 2 – 3 Tahun RM46 | 4 – 17 Tahun RM95 | 18 – 59 Tahun RM50 | 60+ RM38 | OKU RM38

38. IceScape Ice Rink


IceScape Ice Rink
Sumber: Ice Scape Ice Rink

IceScape Ice Rink yang terletak di IOI City Mall ini merupakan satu-satunya gelanggang ais yang terbesar dan bersaiz Olimpik di Malaysia. Kalau nak tunggu salji turun di Malaysia, memang tak mungkinlah kan, takkan nak tengok sahaja mat-mat saleh meluncur sana-sini di ice rink dengan penuh keseronokan, mesti anda pun nak merasa.
Tak payah nak keluar negara, datang sahaja ke sini. Kalau anda teragak-agak sebab tak pernah berice-skating, anda boleh menggunakan patung penguin yang disediakan pihak IceScape sebagai tempat berpaut.
Kalau nak join dengan lagi serius aktiviti unik (di negara tak bersalji) ini, anda boleh menyertai kelas ice-skating yang disediakan untuk beginners yang tak sabar nak menjadi pakar dalam sukan ini. Baru nampak kelas sikit bila tahu berice-skating ni, lagipun apa salahnya belajar skills baru kan, baru serba boleh!
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 10.00pm)
Bayaran Masuk: Isnin – Jumaat RM28 | Sabtu & Ahad RM33

Jom Baca Senarai Tempat Menarik Daerah Di Selangor

37. Pantai Kelanang


Pantai Kelanang
Sumber: Mohd Hashim Miskon
Dikelilingi oleh pokok kasuarina yang menyejukkan pandangan mata, Pantai Kelanang ini agak kurang dilawati yang menjadikan ia sebuah pantai yang tepat untuk dijadikan tempat santai sekiranya anda dan keluarga inginkan ketenangan dalam privasi.
Di bawah pokok-pokok yang tumbuh mekar di sekelilingnya juga sesuai untuk dijadikan kawasan berkelah mahupun berkhemah.
Cuma anda perlu tahu bahawa kawasan pesisir pantai ini bercampur antara pasir dan juga lumpur dan bukanlah seratus-peratus berpasir halus seperti pantai yang lain. Selain berkelah, anda juga boleh cuba menangkap ketam dan mengutip cengkerang yang banyak terdapat di sini.
📍 Alamat
Alamat: Pantai Kelanang, Kampung Kelanang, Selangor

36. Jump Street Asia


Jump Street Trampoline Park Petaling Jaya
Sumber: Jumpstreet Trampoline

Jump Street Asia ini terletak bersebelahan sahaja dengan JayaOne Mall. Untuk pengetahuan anda, trampoline park ini merupakan yang terbesar di Asia, ya, di ASIA.
Apa lagi yang anda tunggu? Bukan sahaja seronok untuk kanak-kanak, orang dewasa pun berseronok mengalahkan budak-budak kalau dah mula melompat-lompat di trampoline di sini. Tak perlu fikir lama, jom ke sini bila ada masa free.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: No 8A, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200, Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00 am – 9.00 pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah (10.00 am – 9.00 pm)
Bayaran Masuk: RM28 + Grip Socks RM6

35. Paragliding Bukit Jugra


Paragliding Bukit Jugra
Sumber: Paragliding Malaysia

Terbanglah anda sepuas hati seperti burung yang terbang bebas di angkasa di Bukit Jugra. Aktiviti paragliding ataupun luncur udara ini memang patut dicuba walau sekali dalam hidup, pasti menjadi memori yang takkan dapat dilupakan. Bukan sahaja dapat melihat pemandangan indah dari sudut yang berbeza, malahan anda sendiri dapat menikmati udara yang segar dari kawasan yang jauh dari darat.
Tapi kalau anda seorang yang gayat, janganlah ya. Untuk anda yang tak pernah melakukan aktiviti ini dan berjiwa ekstrem, anda boleh menjadi penumpang kepada paragliding pilot yang bertauliah untuk memandu anda sewaktu meluncur udara.
Untuk terbang secara solo pula, anda kena mendapatkan lesen terlebih dahulu. Walau bagaimanapun cara anda berparagliding, memori yang tercipta tak boleh diucapkan dengan kata-kata, bak kata Nora Danish, “Kita hidup hanya sekali, so… kita enjoy!”
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: Bukit Jugra, Banting
Bayaran Masuk: RM220

34. Air Terjun Sungai Chilling


Air Terjun Shilling Selangor
Sumber: Segamat Outdoor World
Air Terjun Sungai Chiling adalah sebuah tarikan air terjun 7 tingkat dengan pemandangan yang sungguh mendamaikan jiwa serta air sejuk yang dapat menyegarkan badan. Jangan lupa untuk membawa makanan dan minuman untuk dinikmati sambil berkelah dan menghirup udara segar di sini.
Waktu yang terbaik untuk datang ke sini adalah pada waktu pagi untuk mengelakkan masalah ketika mencari tempat meletak kereta. Terlupa nak bawa kasut yang sesuai untuk mendaki? Jangan risau, di pagar masuk kawasan air terjun ini, terdapat peniaga yang menjual kasut hiking murah dengan harga kurang daripada RM10.
Jarak lokasi air terjun ini dengan KL hanyalah dalam sekitar 45 minit ke 1 jam.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor
Waktu Operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad (8.00 am – 6.00 pm) | Isnin – Khamis (Tutup)
Bayaran Masuk:  RM1

33. Kuala Selangor Nature Park


Kuala Selangor Nature Park Selangor
Sumber: MY Back to Nature
Kuala Selangor Nature Park adalah syurga bagi bermacam spesies flora dan fauna menjadikan ianya lokasi yang menarik untuk dilawati bersama keluarga. Berkeluasan 200 hektar, sebahagian besar daripada kawasan ini merupakan hutan paya bakau.
Salah satu aktiviti yang paling menarik untuk dilakukan sekiranya berpeluang ke sini adalah memerhati burung. Dikatakan terdapat lebih daripada 150 spesies burung yang dapat dilihat terbang bebas di sekitar taman. Anda boleh menuju ke menara dek pemerhatian yang disediakan untuk pemandangan yang lebih memuaskan.
Terdapat 4 laluan yang boleh digunakan untuk menyaksikan hidupan liar di sini iaitu melalui Laluan Egret (550 meter / 30 minit perjalanan), Laluan Pangolin (1 km / 50 minit perjalanan), Laluan Langur (1.1 km / 2.5 jam perjalanan) dan Coastal Bund (1.7 km / 2 jam perjalanan).
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Taman Alam Kuala Selangor, Jalan Klinik, Kuala Selangor, 45000, Kuala Selangor, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)
Bayaran Masuk:  Dewasa RM4 | Kanak-Kanak (Bawah 17 Tahun) RM1 | Warga Emas RM2

32. Sky Mirror


Sky Mirror Kuala Selangor
Sumber: Reen Yunos
Tak sempat nak melawat kesemua tarikan di sekitar Selangor ni? Kalau begitu, Sky Mirror adalah salah satu ‘top priority’ yang perlu dilawati. Ini kerana, tarikan unik ini agak mustahil untuk ditemui di tempat lain.
Fenomena yang diberi nama Sky Mirror ataupun ‘Salar de Uyuni’ adalah sebuah kejadian semula jadi yang berlaku sewaktu air pantai surut yang mana permukaan airnya memancarkan pemandangan langit dengan jelas ibarat sebuah cermin. Dengan keadaan air yang berada di paras rendah, anda dapat merasa seolah-olah berjalan di atas air atau memijak awan. Bayangkanlah betapa syoknya bergambar pada waktu ni.
Terdapat 2 pakej yang boleh dipilih iaitu lawatan full-day atau half-day. Waktu bertolak bermula antara 8 am ke 10 am manakala waktu pulang pula adalah antara 12 pm ke 2 pm.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Sky Mirror, Sasaran, Kuala Selangor
Waktu Sky Mirror: 6 Hari Setiap Bulan Dalam Kalendar Cina (pada hari ke-1, 2, 14, 15, 16 dan 30)
Bayaran Masuk: Dewasa RM80 – RM100 | Kanak-Kanak RM60 – RM80

31. ‘Eagle Feeding’ di Pasir Penambang


Bagi Makan Helang di Pasir Penambang Selangor
Sumber: Alex Ooi Teong Kiat
Selain Sky Mirror, ‘Eagle Feeding’ juga adalah salah satu tarikan unik yang wajib anda rasai pengalamannya sewaktu bercuti ke Selangor. Dengan menaiki bot, anda akan dibawa ke kawasan yang menjadi lokasi pilihan burung helang. Ya, bukan di Langkawi je yang ada burung helang, tapi di Selangor pun tidak kurang banyaknya.




Inilah saatnya untuk anda menggunakan skill fotografi sebaik mungkin untuk menangkap aksi burung helang yang terbang di sekitar dan meluru ke permukaan air untuk mendapatkan makanan.
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: No 1. Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor
Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-Kanak RM15

30. Gunung Nuang


Gunung Nuang Selangor
Sumber: Syazila Ali
Ingin melakukan aktiviti mencabar? Lengkapkan diri anda dengan keperluan hiking seperti kasut dengan grip yang kuat serta minuman dan makanan yang secukupnya untuk sebuah pendakian penuh cabaran menuju ke puncak Gunung Nuang.
Antara cabaran yang mungkin anda perlu tempuhi sepanjang perjalanan adalah kehadiran kabus, hujan, perubahan suhu dan banyak lagi.
Kalau anda nak tahu, Gunung Nuang memiliki puncak ketiga tertinggi di Selangor selepas Gunung Semangkok dan Gunung Ulu Kali.
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor (3.2667° N, 101.9000° E)
Bayaran Masuk: Dewasa RM1 | Kanak-Kanak RM0.50

29. Wet World Water Park Shah Alam


Wet World Water Park Shah Alam
Sumber: hizamighazali
Wet World Water Park Shah Alam adalah sebuah tarikan yang terletak di tengah bandaraya Shah Alam yang telah dibuka sejak dari tahun 1996 lagi.
Antara tarikan yang terdapat di taman tema air ini adalah Super Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River, Caribbean Rider, Island of Treasure dan banyak lagi. Cukup banyak untuk sebuah taman tema dengan harga tiket tidak lebih dari RM40 bukan?
Untuk anda yang membawa anak kecil, jangan risau, turut terdapat kolam dengan paras air di bawah lutut.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu (10.00 am – 6.00 pm) | Rabu Kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum (Tutup)
Bayaran Masuk: Dewasa RM37 | Kanak-Kanak RM32

28. Air Terjun Hutan Lipur Kanching


Air Terjun Hutan Lipur Kanching Selangor
Sumber: Asit Mol
Agak banyak juga tarikan air terjun di sekitar Selangor rupanya ya? Air terjun seterusnya yang berlokasi di Rawang adalah Air Terjun Hutan Lipur Kanching.
Tarikan alam semula jadi ini merupakan sebuah lagi air terjun 7 tingkat. Kalau anda nak tahu, air terjun di tingkat yang kedua dan ketiga adalah pilihan ramai pengunjung kerana menawarkan pemandangan yang menarik untuk berfotografi serta kawasan yang sempurna untuk merendamkan badan.
Kalau anda inginkan lebih privasi, anda boleh mendaki sehingga ke kawasan air terjun yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, diingatkan, tiada laluan yang mesra pengunjung disediakan selepas daripada air terjun tingkat ke-4. Pakai pakaian dan kasut yang sesuai ya?
Sambil berehat atau berkelah di sekitar kawasan air terjun, anda dapat menghirup udara segar dan melihat kerenah tupai yang melompat dari dahan ke dahan pada pokok yang ada di sini.
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: Kilometer 17, Jalan, Jalan Rawang, Templer Baiduri, 48000 Rawang, Selangor
Bayaran: Masuk RM1 | Parking RM2

27. Pantai Redang Sekinchan


Pantai Redang Sekinchan Selangor
Sumber: Anna Zeerah
Pantai Redang Sekinchan adalah sebuah kawasan pantai yang terletak di dalam perkampungan nelayan. Di sini, anda boleh memancing ikan pada dock memancing yang disediakan.
Kalau dapat tangkap, bolehlah terus berbbq di tepi pantai ni sambil menikmati angin yang sentiasa bertiupan. Sebagai pencuci mulut, banyak buah-buahan yang boleh dibeli dari gerai di sekitar.
Anak-anak pula dapat berseronok bermain layang-layang yang juga turut dijual di sini. Bagi sesiapa yang suka berfotografi, anda pasti akan tertarik dengan sebatang pokok yang banyak digantung dengan kertas-kertas berwarna merah. Tapi kenapa?
Pokok yang digelar sebagai ‘wishing tree’ ini digunakan masyarakat Cina untuk menggantungkan kertas berwarna merah yang boleh didapati dari tokong terdekat yang mereka gunakan untuk menulis impian yang ingin dicapai.
📍 Alamat
Alamat: Jalan Pantai Redang, 45400 Sekinchan, Selangor

26. Bangi Gateway


Bangi Gateway Selangor
Sumber: jayagrocer.com
Bila tiba musim raya salah satu tempat bershopping yang agak terkenal untuk warga kota adalah di Bangi Gateway. Di dalam bangunan 7 tingkat ini terdapat sehingga 200 buah kedai yang terdiri daripada restoran, hiburan, butik, kedai buku dan sebagainya.
Untuk pengetahuan anda, bangunan pusat membeli-belah ini disambungkan dengan hotel, street mall dan pusat perubatan melalui jambatan.
📍 Alamat
Alamat: Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

25. Taman Botani Negara Shah Alam


Taman Botani Negara Shah Alam Selangor
Sumber: Taman Botani Negara Shah Alam
Ingin berekreasi bersama keluarga sambil mencuci mata melihat keindahan pemandangan yang mekar dengan kehijauan? Anda boleh singgah ke Taman Botani Negara Shah Alam.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah seperti berbasikal, berjogging, menaiki kuda, hiking dan sebagainya.
Lebih sebab untuk anda melawat taman ini adalah kerana ianya lengkap dengan pelbagai tarikan seperti taman haiwan, taman hiasan, taman kaktus, taman buah tropika dan banyak lagi.
Tapi yang paling unik sekali adalah rumah iklim sederhana 4 musim di mana anda boleh merasai cuaca yang berbeza seperti yang berlaku di luar negara pada bulan-bulan tertentu. Nak rasa musim sejuk yang kedinginannya sampai mencecah tulang sum-sum? Datanglah antara bulan Disember ke Februari.
Info: Taman Botani Negara Shah Alam Ditutup Sementara. Tarikh Pembukaan Semula Akan Diumumkan Secara Rasmi.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Taman Botani Negara Shah Alam, Shah Alam
Waktu Operasi:
  • Taman: Selasa – Ahad (7.30 am – 4.30 pm)
  • Rumah Iklim Sederhana Empat Musim: 7.30 am – 4.30 pm
Bayaran:
  • Masuk:  Dewasa RM3 | Kanak-Kanak RM1
  • Rumah Iklim Sederhana: Musim Lain (Dewasa RM3, Kanak-Kanak RM1) | Muzim Salji (Dewasa RM5, Kanak-Kanak RM3)
  • Penginapan: Dari RM120+ Semalaman

24. Templer Park


Templer Park Selangor
Sumber: Tourism Malaysia
Templer Park adalah sebuah tarikan alam semula jadi yang cukup mudah untuk diakses dari Kuala Lumpur.
Setibanya anda di sini, anda boleh terus menikmati mandian atau berbbq di kawasan kolam yang terletak tidak jauh dari pintu masuk. Namun, sekiranya anda berniat untuk melihat kawasan air terjunnya, anda perlu berjalan kaki dalam sekitar 1 jam setengah dari kolam.
Selain bermandi-manda, berbbq dan hiking, aktiviti lain yang boleh anda rancang untuk lakukan bersama keluarga adalah berkhemah.
Antara kemudahan yang disediakan adalah tempat meletak kereta dan tandas awam.
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: 48200 Rawang, Selangor
Bayaran Masuk: Dewasa RM1 | Kanak-Kanak RM0.50

23. Malaysia Agro Exposition Park Serdang


MAEPS Serdang Selangor
Sumber: MAHA
Kalau selama ini anda hanya pernah dengar tentang Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) bila ada ekspo sahaja, sebenarnya lokasi ini bukan hanya hidup pada hari ekspo.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak tarikan yang boleh anda lawati pada bila-bila masa ketika waktu operasinya. Antara tarikan yang ada dalam kawasan berkeluasan 130 hektar ini adalah Laman Herba, House of Kambing, Laman Padi, Laman Perikanan, Laman Nanas, petting zoo (G2G Animal Garden), Techno Cafe, Nafas Cube, Kafe MAEPS dan MAEPS Bistro.
Menarik jugakan? Tunggu apa lagi, singgah jangan tak singgah.
📍 Alamat
Alamat: MAEPS Secretariat Building, Mardi, 43400 Serdang, Selangor

22. Hutan Lipur Sungai Congkak


Hutan Lipur Sungai Congkak Selangor
Sumber: Cuti-Cuti Travels & Tours
Hutan Lipur Sungai Congkak adalah sebuah tarikan hutan rimba yang sesuai untuk dilawati bersama keluarga. Apa kata kalau dah sampai di sini nanti anda masak bbq dan nikmati makanan sambil berehat di atas hammock yang dibawa? Satu pengalaman yang cukup indah.
Sepanjang berada di sini, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti tandas awam, gazebo untuk disewa, tempat meletak kereta, surau, dan lain-lain lagi. Di kawasan meletak kereta ini juga terdapat banyak jualan makanan, barangan mandian dan lain-lain.
Tak cukup hanya beberapa jam di sini? Anda boleh memilih untuk bermalam dengan mendirikan khemah di tapak perkhemahan yang disediakan. Nak lebih selesa? Menginaplah di chalet yang ditawarkan.
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: Hutan Rekreasi Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor
Bayaran:
  • Masuk: RM1 Seorang
  • Parking Luar: RM5
  • Bawa Masuk Kenderaan: RM15
  • Penginapan: Khemah (Dari RM10 Semalaman) | Chalet (Dari RM80+ Semalaman)

21. Laman Seni 7


Laman Seni 7 Shah Alam Selangor
Sumber: Arif Prasetyo
Street art bukan hanya ada di Pulau Pinang, tapi juga di Selangor. Lokasinya adalah di Seksyen 7, Shah Alam. Kawasan street art yang diberi nama Laman Seni 7 ini mengetengahkan 3 tema mural berbeza iaitu Komuniti Shah Alam, Tarikan Pelancong dan Konsep Hijau.
Dah puas bergambar dan perut dah berbunyi kelaparan? Apa kata kalau anda singgah ke Family Mart yang hanyalah beberapa tapak dari sini, bolehlah makan ais krim atau oden yang terkenal tu.
📍 Alamat
Alamat: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

20. Air Terjun Lepoh


Air Terjun Lepoh Selangor
Sumber: D’Sungai Lepoh Chalet & Kem
Air Terjun Lepoh adalah sebuah tarikan yang terletak di dalam hutan hujan tropika. Cukup mudah diakses dengan laluan yang sederhana mudah untuk digunakan.
Setibanya di kawasan air terjun, anda dapat melihat orang ramai menggelongsorkan badan pada batu besar yang ada sebelum masuk ke dalam kolam. Cukup meriah!
Selain bermandi-manda, anda juga boleh merancang untuk berbbq, mendaki, berkhemah, berkelah atau sebagainya yang sesuai untuk dilakukan di dalam hutan rimba dan di sekitar sungai.
📍 Alamat
Alamat: 43100 Hulu Langat, Selangor

19. Ardence Labs @ Eco Ardence


Ardence Labs @ Eco Ardence Selangor
Sumber: Eco Ardence at Klang Valley
Nak bershopping atau tercari-cari tempat lepak yang best? Tak payah pandang tempat lain lagi, lokasi yang terbaik untuk anda meluangkan masa adalah di Ardence Labs @ Eco Ardence.
Ardence Labs adalah pusat membeli-belah dengan konsep open-air yang boleh dikatakan pertama sekali di Malaysia. Kalau anda nak tahu, konsep mall seperti ini cukup terkenal di US. Jadi, kalau anda teringin merasa pengalaman bershopping seperti di luar negara, inilah destinasinya.
Bukan itu sahaja, reka bentuknya juga sangat unik! Ini kerana kedai-kedainya didirikan menggunakan kontena. Memang banyak spot untuk anda bergambar.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Persiaran Setia Alam, Setia Alam, Shah Alam, Selangor, 40170
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 10.00 pm)

18. Bangi Wonderland


Bangi Wonderland Selangor
Sumber: Haziq Putra
Tak puas lagi bermandi-manda di kawasan air sungai dan air terjun? Untuk kepuasan sebenar, anda boleh membawa seluruh ahli keluarga ke Bangi Wonderland.
Cukup banyak tarikan yang ditawarkan seperti Insane Racer, Kids Adventure, Magic Funnel, Meander River, Pirates Bay, Spiralax, The Fall, Water Cannon dan lain-lain lagi!
Berkaitan dengan kemudahan yang disediakan pula, Bangi Wonderland tidak mengecewakan, lengkap dengan fasiliti seperti medic room, locker elektronik, tandas OKU, bilik bayi, surau, bilik persalinan, kaunter sewa tiub dan banyak lagi.
Info: Bangi Wonderland Ditutup Sementara Dari 6 Mei – 4 Jun 2019.
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: No 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang
Bayaran Masuk: Dewasa RM57.65 | Kanak-Kanak RM47.15

17. Camp 5 Indoor Climbing Gym


Camp 5 Indoor Climbing
Sumber: Camp 5

Camp 5 Indoor Climbing Gym merupakan satu lokasi yang  patut dilawati untuk anda yang menyukai aktiviti lasak. Sesuai juga untuk yang mahu berjinak-jinak dalam dunia wall climbing ini.
Persekitaran yang selesa dilengkapi dengan penyejuk udara, anda tak perlu berpanas di bawah terik cahaya matahari, berganda keseronokannya untuk yang baru ingin mencuba aktiviti lasak ini, lagi seronok bila dah berjaya sampai ke puncaknya yang menyajikan pemandangan yang mempersonakan.
Sekiranya anda tiada keyakinan untuk memulakan aktiviti memanjat dinding ini sendiri, anda boleh menyertai kelas rock climbing yang disediakan gym ini ataupun pilih sahaja pakej percubaan yang ditawarkan. Ramai juga kanak-kanak yang dibawa untuk melakukan aktiviti ini di sini. Tak perlu berfikir lama, lokasi mana lagi yang best untuk membina stamina di hujung minggu kalau bukan di sini?
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: EZ501, 5th Floor, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Damansara, Petaling Jaya 47800, Selangor
Waktu Operasi: Isnin –  Jumaat (2.00pm – 11.00pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (10.00am – 8.00pm)
Bayaran Masuk (1 Day Visit Pass): Dewasa RM36 | Junior (13 – 17) RM25 | Youth (8 – 12) RM16 Percuma | Kanak-Kanak (Bawah 8 Tahun) Percuma

16. Min Nature


Min-Nature-Kuala-Lumpur
Sumber: Min Nature

Min Nature merupakan tapak pameran model miniature yang terbesar di Asia dengan keluasan 17,000 kaki persegi. Model-model miniature yang dapat dilihat di sini kesemuanya merupakan hasil tangan rakyat Malaysia sendiri.
Anda dapat melihat kawasan kampung dan bandar yang dibina dengan penuh realistik kerana lengkap dengan patung-patung kecil manusia yang menghidupkan dunia yang kecil ini. Turut dipamerkan adalah landasan keretapi bersaiz mini yang terpanjang.
Bukan itu sahaja, anda boleh juga melihat bagaimana model-model mini ini direka menggunakan mesin printer 3D yang terdapat di sini. Sebelum pulang, jangan lupa untuk membawa balik modeling kit yang dijual murah dengan harga RM20. Unik dan menyeronokkan, wajib dilawati kerana merupakan satu-satunya pameran miniature yang terdapat di Malaysia.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Level 4, Summit USJ, Subang Jaya
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 7.00pm)
Bayaran Masuk (Promo): Dewasa RM15 | 4-12 Tahun RM10 | Warga Emas RM10

15. Galactic Laser Tag


Galactic Laser Tag
Sumber: Galactic Laser

Bagi anda yang pernah bermain paintball, konsepnya sebenarnya sama sahaja dengan Galactic Laser Tag ini. Cuma bezanya paintball menggunakan peluru cat yang agak menyakitkan kalau terkena kulit, nah, ini dia penyelesaian untuk anda yang nak buat aktiviti yang menyeronokkan ini tanpa sebarang risiko.
Menggunakan teknologi laser, sekali anda ditembak dengan senjata laser ini, keupayaan anda untuk menembak akan hilang. Main perang-perang terasa realistik lagi dengan suasana gelap berkabus di Galactic Laser Tag ini.
Daripada anda kebosanan tiada apa untuk dibuat di hujung minggu, datang sahaja ke Galactic Laser Tag, mana tahu, mungkin ada antara anda yang berkebolehan dalam strategi peperangan.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: LG3.06 Sunway Pyramid Mall, No. 3 Jalan PJS11/15, 46150 Petaling Jaya
Waktu Operasi: Ahad – Khamis (10.00am – 10.00pm) | Jumaat, Sabtu, Cuti Umum, Cuti Sekolah (10.00am – 11.00pm)
Bayaran Masuk: Pakej RM60 – RM95| Ahli RM33 – RM51 | Bukan Ahli RM38 – RM58

14. Skytrex Shah Alam


Skytrex Adventure Shah Alam
Sumber: Skytrex Adventure

Skytrex Shah Alam yang bertempat di Taman Pertanian Malaysia ini menawarkan pelbagai aktiviti lasak yang menarik untuk dicuba seperti spider web, cable walk, flying fox dan banyak lagi yang menguji stamina anda. Untuk anda yang ingin datang bersama keluarga, jangan risau, ada sahaja aktiviti yang sesuai untuk anda, tapi sekurang-kurangnya perlu mencapai ketinggian 1.1 m.
Tahap ekstrem aktiviti di sini bergantung kepada jenis tiket yang dibeli. Sekiranya anda membeli tiket Little Adventure, ia memberikan pakej aktiviti yang sesuai untuk anda yang baru berjinak dalam aktiviti lasak dan untuk yang masih dalam usia muda; Big Thrill sesuai untuk anda yang intermediate; Extreme Challenge pula untuk yang memiliki stamina yang tinggi dan sudah advanced dalam aktiviti sebegini. Jangan overestimate diri anda ya!
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (8.30am – 5.00pm)
Bayaran Masuk (Tempahan Online): Little Adventure RM45 | Big Thrill RM55 | Extreme Challenge RM65

13. Farm In The City


Farm In The City Kuala Lumpur
Sumber: Farm In The City

Sukakan haiwan yang comel? Apa kata kalau anda membawa anak-anak ke Farm in the City. Mereka pasti tersenyum gembira dapat mendekati haiwan-haiwan comel yang dibiarkan bebas di dalam zoo ini. Bukan setakat bermain dengan mereka, anda sekeluarga juga dapat merasai pengalaman memberikan haiwan-haiwan ini makan.
Zoo ini dibahagikan kepada 11 habitat iaitu Turtle & Tortoise Farm, Pets Village, Rabbit Farm, Bird Aviary dan bermacam-macam lagi. Pasti anda terhibur melihat keletah haiwan-haiwan ini.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Eureka Farm Sdn. Bhd., Lot 40187 & 40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan
Waktu Operasi: Sabtu & Ahad (10.00 am – 6.00 pm) | Isnin – Jumaat Kecuali Selasa (9.30 am – 6.00 pm) | Selasa, Cuti Umum, Cuti Sekolah (Tutup)
Bayaran Masuk: Dewasa RM39 | Kanak-kanak (11 Tahun & Kebawah) RM32 | Warga Emas (Atas 60 Tahun) RM32

12. Sunway Lagoon


Sunway Lagoon Resort
Sumber: Kentwee86

Siapa tak pernah mendengar tentang taman tema air yang terkenal ini, Sunway Lagoon. Wajib dilawati sesiapa sahaja yang datang ke KL atau Selangor. Tarikan yang terdapat di sini bukan hanya water park malahan anda tidak patut melepaskan peluang berseronok dengan aktiviti lain yang bertaraf dunia seperti Amusement Park, Extreme Park, Wildlife Park, Scream Park dan Nickelodeon Lost Lagoon.
Nak seronok lagi, anda kena peka dengan promosi-promosi tiket untuk pakej aktiviti menarik di Sunway Lagoon, lagi best kalau anda membeli tiket yang mendapatkan anda akses ekspres untuk bermain aktiviti-aktiviti di sini tanpa perlu beratur, barulah sempat nak mencuba semua permainan menarik di sini!
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)
Bayaran Masuk: Dewasa RM202 | Kanak-Kanak RM170 | Warga Emas RM170

11. Zoo Negara


Zoo Negara
Sumber: Zoo Negara

Zoo Negara yang terletak di Jalan Ulu Kelang ini memiliki lebih daripada 400 spesis haiwan yang berbeza dan secara kesuluruhannya terdapat 5000 haiwan yang ditempatkan di zoo ini. Zoo Negara dibahagikan kepada 16 bahagian yang berbeza iaitu taman reptilia, burung-burung tasik, tapir Malaya, gajah Malaysia, kompleks beruang dan lain-lain lagi.
Untuk memberikan anak-anak anda pengalaman yang menyeronokkan sewaktu ke Zoo Negara, anda boleh membawa mereka ke Children’s World yang menempatkan banyak haiwan comel seperti ayam, arnab dan itik yang dibiarkan bergerak bebas di kawasan taman.
Anak-anak juga dapat melihat hutan hujan mini yang direka lengkap dengan kandang kuda kecil, taman permainan dan kolam ikan. Mereka pasti tidak dapat melupakan pengalaman indah di Dunia Kanak-kanak ini. Tambahan pula anda juga dapat menyertai program sukarelawan yang dijalankan oleh pihak Zoo.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa RM45 | Kanak-kanak (3 – 12 Tahun) RM18 | Warga Emas RM23

10. Air Terjun Serendah


Air Terjun Serendah Selangor
Sumber: Mo Ramlee
Air Terjun Serendah adalah sebuah tarikan alam semulajadi yang sering dilawati terutama sekali pada hari Sabtu dan Ahad atau musim cuti sekolah, suasana sekitar air terjun ni boleh jadi agak meriah dengan kehadiran keluarga bermandi-manda.
Walaupun hanyalah sebuah air terjun yang kecil, Air Terjun Serendah merupakan sebuah tarikan yang sangat sesuai untuk dijadikan destinasi anda sekeluarga menenangkan fikiran, bersantai menikmati udara segar dan bunyi deruan air sungai yang menyegarkan halwa telinga.
Di sini, anak-anak boleh bermandi-manda dengan sepuas hati tanpa anda perlu risau terutama sekali di kawasan yang berdekatan dengan pondok dan jambatan yang terdapat di kawasan sungai ini.
Berkaitan dengan kemudahan yang disediakan, segalanya telah tersedia kerana kawasan air terjun ini lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti surau, tandas, bilik mandi, gerai-gerai jualan, pondok untuk anda bersantai, taman permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan dan tempat meletak kereta.
Lokasinya, terletak hanyalah dalam sekitar 3 km daripada kawasan Perkampungan Orang Asli Serendah.
📍 Alamat
Alamat: Air Terjun Serendah, Kampung Orang Asli Serendah, 48200, Serendah, Selangor

9. Red Carpet Wax Museum (Red Carpet 1 & Red Carpet 2)


Red Carpet Wax Museum I-City Selangor
Sumber: Muhammad Ismail Shahrudin
Siapa sangka di Malaysia pun ada muzium Madame Tussaudsnya sendiri? Tak perlu ke luar negara, muzium ini boleh ditemui di i-City. Red Carpet Wax Museum yang terdapat di i-City ini bukanlah sebuah tapi dua buah muzium iaitu Red Carpet 1 dan Red Carpet 2. Kalau tak puas lagi berposing, tak tahulah kenapa.
Di Red Carpet 1, anda boleh bergambar dengan ramai selebriti Hollywood yang nampak sangat realistik! Bila lagi nak jumpa artis Hollywoodkan? Patung lilin yang realistik pun dah cukup realistik untuk anda berangan kononnya bertembung dengan mereka.
Di Red Carpet 2 pula, di dalam muzium yang berkeluasan 30,000 kaki persegi ini anda boleh bergambar sepuas hati dengan karakter-karakter Superhero, golongan diraja, pemimpin, artis K-Pop, dan banyak lagi! Red Carpet 2 ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu indoor dan outdoor. Yang syoknya, anda boleh bergambar di zon outdoor dengan percuma!
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: i-City Persiaran Multimedia 40000 I-City Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 12.00 am)
Bayaran Masuk:
  • Red Carpet 1: Dewasa RM35 | Kanak-Kanak RM30
  • Red Carpet 2: Dewasa RM100 | Kanak-Kanak RM50

8. Ladang Teh Boh Bukit Cheeding


Ladang Boh Bukit Cheeding Selangor
Sumber: Baharim Ibrahim
Eh! Bukan dekat Cameron Highlands atau kawasan tanah tinggi je ke yang ada ladang teh? Mesti ramai yang tak sangka, di Selangor sebenarnya ada ladang tehnya sendiri? Bukan ladang biasa, tapi ladang teh yang terkenal iaitu Ladang Teh Boh yang terletak di Bukit Cheeding.
Kewujudannya sebenarnya sudah berdekad lama, dari tahun 1927 lagi. Ya, sebelum merdeka lagi, tapi masih ramai yang tak tahu kewujudannya. Berkeluasan 210 ekar, ladang teh ini merupakan ladang teh di dalam kawasan tanah rendah dengan suhu sederhana yang dikendalikan oleh BOH Plantations.
Uniknya, teh di sini ditanam dengan cara berselang-seli dengan pokok kelapa sawit. Gaya penanaman sebegini merupakan yang pertama sekali wujud di dunia. Wajib untuk dilihat depan mata sendiri sesuatu yang rare macam ni.
Selain melihat kawasan ladang, di sini juga terdapat kilang pemprosesan untuk anda lawati dan melihat bagaimana teh di ladang ini diproses sehinggalah dibungkus. Walau bagaimana pun, untuk masuk ke dalam kawasan kilang, anda perlu mengatur aktiviti tersebut melalui Majlis Daerah Kuala Langat atau layari sahaja laman web BOH untuk lebih informasi.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Boh Plantations Sdn. Bhd., Batu 6, Jalan Kampung Seri Cheeding, Kampung Seri Cheeding, Selangor, 42700 Banting
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00 am – 4.30 pm) | Isnin (Tutup)
Bayaran Masuk: Percuma

7. Kelip-Kelip Kampung Kuantan


Kelip-Kelip Kampung Kuantan Selangor
Sumber: Kuala Selangor HomeStay
Selain Kuala Selangor Fireflies, anda juga boleh ‘memasuki’ dunia magikal dikelilingi oleh cahaya kelip-kelip di Kelip-Kelip Kampung Kuantan. Di sini terdapat hampir 30 buah sampan yang disediakan untuk dinaiki para pengunjung bagi menyelusuri sungai dan menyaksikan keindahan kelip-kelip berterbangan dengan limpahan cahaya pada badannya. Pengalamannya seperti berada di langit malam dengan cahaya bintang yang dekat.
Kalau anda nak tahu, di sekitar kawasan sungai ini terdapat sejenis pokok yang penting kepada kelip-kelip sebagai sumber makanan mereka iaitu pokok berembang. Pokok ini juga menjadi habitat mereka dan berfungsi sebagai penapis racun dan kotoran yang membantu menyalurkan air yang bersih ke kawasan sungai.
Dah, jangan buang masa lagi, tak akanlah nak lepaskan peluang buat aktiviti yang menjanjikan pemandangan seperti dalam dunia fantasi ni?
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Kampung Kuantan, 45000 Batang Berjuntai, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.30 pm – 10.30 pm)
Bayaran Masuk: Sampan 4 Pax RM50

6. Ice Skating Sunway Pyramid


Ice Skating Sunway Pyramid Selangor
Sumber: Sunway Pyramid Ice
Jangan main-main, Ice Skating Sunway Pyramid ini adalah tuan rumah untuk pelbagai aktiviti yang gah seperti Skate Asia dan Kejohanan Hoki Ais Dunia. Pengalaman berskating di sini? Tak ubah macam masuk sukan olimpik. Bukan biasa-biasa!
Dengan kesempurnaan gelanggang ice skating ini, dianggarkan sehingga 15,000 kunjungan diterima oleh Ice Skating Sunway Pyramid setiap bulan. Tak pernah berskating? Anda boleh mendapatkan jurulatih untuk mengajar anda teknik yang betul.
Dah pandai berskating nanti, kalau stress je bolehlah datang meluncur di sini sampai terlupa segala masalah yang menyesakkan dada. Itu yang bestnya berskating ni, perasaanya tak ubah seperti terbang di udara kalau dah pro mengawal pergerakan.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: LG3 Sunway Pyramid, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 8.00 pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah, Cuti Umum (9.00 am – 9.00 pm)
Bayaran Masuk:
  • Isnin – Jumaat: RM20
  • Sabtu, Ahad: RM25
  • Cuti Sekolah, Cuti Umum: RM28

5. District 21


District 21 Selangor
Sumber: District 21
Dah puas makan angin dan menikmati keindahan panorama? Mai ramai-ramai buat aktiviti lasak pula di District 21. Yang bestnya, anda boleh buat aktiviti yang biasa dilakukan secara outdoor ini di bawah bumbung shopping mall, sejuk beraircond secara indoor. Memang berkali gandalah jawabnya keseronokan anda beraktiviti, itu pun kalau anda tak kecut perut untuk buat aktiviti mencabar yang ditawarkannya.
Antara yang anda boleh cuba adalah wall climbing pada dinding yang bercahaya LED, roller glider untuk anda berziplining dengan kelajuan sehingga 30km/jam, trampoline, menaiki gelongsor high-speed, halangan-halangan persis dalam rancangan Ninja Warrior dan macam-macam lagilah dalam kawasan yang seluas 70,000 kaki persegi ni!
Datang dengan anak kecil? Jangan risau, ada je games yang sesuai untuk mereka seperti carousel, go-kart dan halangan bertali yang rendah. Semuanya lengkap dengan peralatan keselamatan seperti helmet, pad lutut serta pad perlindungan siku. Macam mana? Syokkan? Datanglah ke District 21 hujung minggu ni ya?
Kalau tidak datang dengan keluarga sekalipun, memang syok kalau bawa geng-geng sekepala ke sini, sebab masa nilah nak kesan siapa yang hanya berani cakap je kan?
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: District 21, AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (12.00 pm – 8.00 pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah (10.00 am – 8.00 pm)
Bayaran Masuk: Active Pass Dari RM58 | Non-Active Pass Dari RM10

4. Blok Space


Block Space Selangor
Sumber: Blok Space
Seronoknya main susun-susun Lego! Apatah lagi kalau dikelilingi oleh blok-blok Lego yang tak terkira banyaknya, lagilah puas! Di Blok Space, anak-anak anda dapat tenggelam dalam dunia Lego sepuas hati.
Anda pula bolehlah bershopping dengan tenang memandangkan anak-anak sudah berada dalam ‘zon selamat’ dan yang menyeronokkan mereka. Kata orang, situasi ‘win-win’lah ni. Tak perlulah anda kelam-kabut mengejar masa sebab takut anak kebosanan menunggu.
Dengan aktiviti Lego ini juga, anak-anak turut dapat meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah. Tak perlu fikir dua tiga kali, bagilah anak-anak anda bermain Lego sepuasnya kalau datang bershopping di mana-mana shopping mall yang ada cawangan Blok Space ya?
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Cawangan Blok Space: IPC Shopping Centre (Damansara), The School Jaya One, Main Place USJ 21, Empire Shopping Gallery, 1 Mont Kiara
Bayaran Masuk: RM18 / Jam

3. Pantai Tanjung Rhu


Pantai Tanjung Rhu
Sumber: Krik Alfie
Setibanya anda ke Pulau Carey, anda perlu meneruskan perjalanan untuk ke Pantai Tanjung Rhu dalam 10 ke 15 minit. Pantai Tanjung Rhu memiliki kawasan pesisir berkepanjangan 2.5 km yang berpasir putih bersih.
Bolehlah anak-anak bermain pasir dan berlari-lari sepuas hati di sekitar pantai yang luas ini. Di samping itu, untuk pengetahun anda, kawasan pantai ini menjadi tempat pelabuhan nelayan-nelayan yang terdapat di Pulau Carey.
Fakta menarik yang lain berkenaan Pulau Carey di mana terletaknya Pantai Tanjung Rhu ini adalah ia merupakan pulau yang menjadi tempat tinggal masyarakat orang asli Mah Meri yang masih mengamalkan cara hidup tradisional mereka. Agak menarik untuk dilihat kalau anda datang ke sini.
📍 Alamat
Alamat: Pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey, 42960 Kuala Langat, Selangor

2. Taman Alam Kuala Selangor


Taman Alam Kuala Selangor
Sumber: Wilbur Goh

Terbahagi kepada 2 bahagian berbeza, sebahagin besar Taman Alam Kuala Selangor ini merupakan Hutan Hujan Tropika, yang selebihnya pula adalah Hutan Paya Bakau. Bagi pencinta aktiviti memerhati burung, hutan ini sangat kaya dengan pelbagai spesis burung yang bukan sahaja dari dalam negara malahan burung-burung yang berhijrah dari luar negara.
Spesis burung yang menyinggah hutan ini dari luar negara biasanya datang setiap tahun mulai bulan September hingga April pada waktu negara asal mereka mengharungi musim sejuk. Antara spesis burung dari negara lain yang boleh ditemui di sini adalah burung Brown Shrike, Warbler, Purple Herow, Great Eagle dan banyak lagi. Spesis-spesis burung tempatan pula adalah seperti burung Raja Udang, bangau, Serandau dan lain-lain.
Lawatilah Taman Alam Kuala Selangor sekiranya anda ingin mendapatkan udara segar di samping melihat keindahan alam sekeliling yang turut meriah dengan bunyi kicauan burung. Pastikan anda membawa teropong dan kamera kalau ke sini.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Taman Alam Kuala Selangor, Jalan Klinik, Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am – 5.30pm)
Bayaran Masuk: Dewasa RM4 | Kanak-kanak (Bawah 17 Tahun) RM1 | Warga Emas RM2

1. Tadom Hill Resort Banting


Tadom Hill
Sumber: Tadom Hill
Dibuka pada Disember 2015, jangan anda pandang rendah dengan Tadom Hill ini walaupun baru. Kalau tak percaya, datanglah ke sini bersama keluarga, pasti seronok tak terkira sebab begitu banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat di sini seperti berenang di tasik, bergayut seperti Tarzan di tali gayut atas air sebelum terjun ke dalam air, berakit dan bermacam lagi aktiviti air yang lain.
Bukan setakat itu, anda juga boleh mencuba aktiviti lain yang turut disediakan seperti abseiling, flying fox, ATV, dan mendaki bukit. Tak cukup sehari berseronok di Tadom Hill? Apa kata kalau anda dan keluarga menginap di penginapan-penginapan yang hampir kesemuanya dibuat berasaskan kayu buluh di sini? Terasa seperti bercuti di kawasan desa baq hang.

📍 Alamat
Alamat: Tadom Hill Resorts, 42700 Banting
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.45pm)
Bayaran Aktiviti: Dari RM10
Kredit :
https://www.maisinggah.com/

Nak buat DUIT tepi hanya dengan SHARE Di FACEBOOK ??  KLIK SINI & SINI
Nak SHOPPING sambil BERJIMAT ??  KLIK SINI
Nak buat SURVEY sambil dapat GANJARAN ?? KLIK SINI

Lagi Artikel Terbaik Untuk Anda

Jana Income Dengan INSTAGRAM !

Jana Income Dengan FACEBOOK FANPAGE !

Kongsikan Pendapat atau Cadangan Anda kepada JOMLAHH TRAVEL

Name

Email *

Message *