Sangat banyak aktiviti menarik untuk dibuat di bandaraya yang bertaraf dunia ini. Dari aktiviti yang lasak ke aktiviti yang santai, banyak yang sesuai untuk dilakukan bersama keluarga. Di sini, kami senaraikan 64 tempat menarik di Kuala Lumpur untuk dilawati, jangan buang masa lagi, jom kita terokai kota yang penuh warna-warni ini !
64. Selfie Museum Kuala Lumpur
Malu berselfie di luar sebab tak selesa dipandang orang? Kalau macam tu, ada satu lokasi yang dapat memuaskan keinginan selfie anda tanpa perlu fikir apa orang nak kata, lokasinya adalah di Selfie Museum Kuala Lumpur. Di sini, berselfie atau berwefie adalah satu ‘kewajipan’.
Dengan hanya sekali bayaran (yang sangatlah murah) anda boleh bergambar sepuas hati di dalam 9 buah bilik selfie dengan tema yang berbeza. Pencahayaan dalam setiap bilik ini juga cukup cantik untuk anda mendapatkan hasil foto yang kelihatan profesional.
Info: The Selfie Museum Beroperasi Sehingga 15 Jun 2019
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Selfie Museum, 2.28, Level 2, Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
63. District 21
Keluasan playground ‘orang dewasa’ District 21 yang terletak di IOI Mall Putrajaya ini adalah 70,000 kaki persegi, bayangkan betapa banyaknya aktiviti interesting yang berlaku di satu tapak yang sama ni.
Kalau anda suka menonton American Ninja Warrior ataupun Fear Factor dan sudah lama teringin nak merasa sendiri bagaimana nervous dan syoknya buat semua ni, District 21 adalah lokasi yang sempurna!
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh anda buat untuk mengepam adrenalin anda adalah seperti Sky Trail, The Maze, Power Station untuk mencuba wall climbing, Roller Glider untuk merasai pengalaman ber’flying fox’, Go Pedal untuk bermain go kart, Pump Track untuk bermain basikal, skuter ataupun skateboard, Launch Pad untuk anda yang suka bermain trampolin tapi ini versi yang gempak punya, Free Fall, Low Ropes dan akhir sekali Tubby Ride.
Semuanya membuatkan jantung anda berdetak laju. Kalau anda datang bersama anak-anak kecil, jangan risau sebab terdapat juga permainan yang disediakan untuk mereka di mini playground dan juga carousel.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: District 21, AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
62. Taman Burung Kuala Lumpur
Banyak tarikan yang terdapat di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur, dan salah satunya adalah Taman Burung ini dengan tapak yang berkeluasan 20.9 ekar. Di sini, anda dapat melihat sangkar habitat burung-burung yang eksotik yang didatangkan daripada seluruh dunia.
Taman Burung Kuala Lumpur ini terbahagi kepada 4 zon yang berbeza. Anda dapat melihat burung-burung berterbangan bebas dalam Zon 1 dan Zon 2, di Zon 3 pula merupakan habitat bagi burung-burung enggang, dan di zon yang terakhir sekali iaitu Zon 4 adalah tempat pertunjukan burung dan juga tempat pembiakannya.
Lagi satu sebab kenapa anda kena melawat Taman Burung Kuala Lumpur ini adalah kerana ia merupakan yang terbesar di dunia. Pencinta burung tunggu apa lagi?
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur
61. Petrosains
Dengan keluasan 7,000 kaki persegi, banyak sekali yang dapat anda dan keluarga terokai di Petrosains ini.
Antara pameran yang terdapat di sini adalah Dark Ride (persembahan audio visual dari zaman pra-sejarah sehingga ke zaman moden di Malaysia), Space (pameran tentang sains angkasa lepas), Speed (pameran kereta Formula 1), Molecule Nano World, 3D Theatre dan banyak lagi.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Level 4, Suria KLCC, PETRONAS Twin Towers, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
60. Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara ini dibuka pada tahun 1996 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Pameran sains di sini dibahagikan kepada beberapa bahagian berbeza mengikut tema.
Konsep yang digunakan di Pusat Sains Negara adalah untuk menghubungkan penemuan saintifik dengan alam sekitar, nilai-nilai agama, ilmu dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan aplikasinya dalam kehidupan seharian manusia.
Bagi anda yang tak begitu meminati subjek sains pun pasti akan teruja dengan cara-cara info sains dan teknologi disampaikan kepada pelawat di pusat sains ini yang penuh dengan kreativiti.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: National Science Centre, Ministry of Science, Technology and Innovation, Persiaran Bukit Kiara, 50662 Bukit Kiara, Kuala Lumpur
59. Platenarium Negara
Lokasi Planetarium Negara ini adalah di Taman Tasik Perdana, dari jauh lagi anda dapat melihat rekabentuk bangunan ini yang begitu unik sekali hasil gabungan seni bina Islam dan futuristik. Bangunan yang unik ini adalah salah satu daripada destinasi yang sangat menarik untuk dilawati untuk pengalaman mengembara ke angkasa, lain daripada yang lain bukan?
Di sini terdapat persembahan video di space theater yang mengujakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Selain daripada itu, terdapat galeri sains angkasa yang mempamerkan enjin Arianne IV yang digunakan untuk melancarkan MEASAT 1.
Kemasukan untuk ke galeri sains ini adalah percuma. Jika anda ke dek pemerhatian atau observatory terdapat teleskop yang bersaiz 14 inci. Sangat menarik untuk dilawati bersama keluarga untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan saintifik berkaitan angkasa.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Planetarium Negara, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, 53, Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur
58. Berjaya Times Square
Merupakan bangunan kesembilan yang terbesar di dunia dengan 700,000 kaki persegi, Berjaya Times Square menempatkan lebih daripada 1000 kedai. Kalau anda nak shopping di sini, sehari memang tak cukup untuk ke semua kedai yang ada di sini.
Harga-harga pun bermacam-macam, ada murah, ada mahal, boleh rambang mata kalau bershopping di sini. Kedai makan pula terdapat dalam 65 buah untuk dipilih mengikut selera anda.
Yang bestnya lagi, dalam pusat membeli-belah ini juga terdapat taman tema indoor yang memiliki banyak permainan yang menyeronokkan termasuklah roller coaster, ya, roller coaster di dalam bangunan, cukup menarik bukan?
Alamat
Alamat: Berjaya Time Square, No. 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
57. Petaling Street
Percutian yang paling heaven adalah bila dapat berjalan-jalan sambil bershopping dalam harga bajet. Kalau ini yang anda ingin lakukan, luangkan masa untuk menuju ke pasar malam di Petaling Street. Segala macam barangan diniagakan di sini, dari t-shirt, jam murah, beg, tali pinggang dan sebagainya.
Tapi ingat, anda wajib nego dengan para peniaga sebab kebiasaannya mereka meletakkan harga yang 3 ke 4 kali lebih mahal daripada kos sebenar. Kalau pandai bernego, barulah syok nak beli macam-macamkan?
Dah penat tekak bertawar-menawar dengan peniaga? Anda boleh menghilangkan kepenatan dengan menikmati hidangan atau minuman yang dijual di sini. Pastikan makanan yang dijual halal terlebih dahulu.
Alamat
Alamat: Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
56. Stesen Keretapi Kuala Lumpur
Pada tahun 1910, bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur ini telah didirikan dengan gaya binaan yang menggabungkan elemen timur dan barat oleh arkitek A.B. Hubbock.
@Selain memiliki reka bentuk yang menarik, stesen ini turut lengkap dengan ruang menunggu yang berpendingin hawa. Anda dapat menikmati ketenangan sepanjang berada di sini memandangkan keadaannya yang tidak begitu padat dengan orang ramai berbanding dengan tarikan-tarikan lain di sekitar KL.
Sambil melihat keindahan reka bentuk bangunan stesen keretapi ini, anda juga boleh melanjutkan perjalanan melihat banyak lagi bangunan-bangunan lain di sekitarnya yang juga dibina dengan gaya binaan tidak kurang menariknya. Pastikan bateri kamera anda penuh!
Alamat
Alamat: Jalan Sultan Hishamuddin, Kampung Attap, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
55. Royal Selangor Visitor Centre
Royal Selangor atau nama lamanya Selangor Pewter menubuhkan Visitor Centre untuk dilawati sesiapa yang berminat melihat pelbagai hasil tangan berasaskan piuter yang dibuat dengan penuh teliti.
Selain melihat koleksi di ruangan pamerannya, anda juga dapat menyaksikan demonstrasi bagaimana piuter digilap dan dikemaskan. Cukup padat dengan info!
Berminat untuk menghasilkan barangan piuter sendiri? Anda boleh menyertai bengkel yang diadakan. Dah pandai buat sendiri nanti, bolehlah berbisneskan?
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: 4, Jalan Usahawan 6, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
54. Bukit Tabur
Dah puas makan sana-sini di sekitar KL, mesti risau takut perut membulatkan? Untuk menyelamatkan keadaan, apa kata anda buat aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti mendaki Bukit Tabur? Bukan je dapat menguruskan badan, anda juga dijanjikan pemandangan matahari terbenam antara yang terindah di KL.
Untuk pengetahuan anda, di Bukit Tabur ni ada dua laluan berbeza iaitu Tabur East dan Tabur West. Bagi anda yang masih baru dalam dunia pendakian ni, digalakkan untuk melalui jalan Tabur West yang lebih mudah dan mesra pengunjung.
Dengan ketinggian sehingga 396 meter, masa yang diambil untuk sampai ke puncak adalah dalam sekitar 3 ke 4 jam bergantung kepada stamina.
Alamat
Alamat: Bukit Tabur, Taman Melawati, Kuala Lumpur
53. KL Tower Mini Zoo
Bawa anak kecil semasa bercuti di KL? Gembirakan hati mereka dengan membawa mereka bertemu dengan haiwan di KL Tower Mini Zoo. Bermacam spesies boleh ditemui di zoo ini iaitu daripada kura-kura yang terbesar di dunia hinggalah kepada sejenis kuda yang terkecil!
Bukan itu sahaja, turut terdapat ruang khas untuk haiwan yang boleh disentuh dan diberi makan seperti arnab, burung kakak tua dan banyak lagi. Anda juga boleh bergambar dengan burung yang berwarna-warni ini untuk mengabadikan memori lawatan ke sini. Lokasinya hanyalah bersebelahan dengan menara KL.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Ground Floor, Menara Kuala Lumpur, WP, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur
52. Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
Sebagai pelancong di bandaraya KL, dengan wujudnya Malaysia Tourism Centre (MaTiC) banyak perkara menjadi mudah. Di sini para pengunjung dapat menggunakan kemudahan yang disediakan seperti zon internet percuma, kaunter ejen pelancongan, kafe, perhentian bas KL Hop-On Hop-Off dan kemudahan pertukaran wang.
Bukan itu sahaja, pada setiap pukul 3 petang setiap hari (kecuali hari Ahad) terdapat pertunjukan budaya yang boleh disaksikan secara percuma!
Selain itu, turut terdapat di sini adalah pejabat polis pelancong, kedai cenderamata dan kedai coklat.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
51. Taman Metropolitan Kepong
Tak larat nak berhiking atau melakukan aktiviti ekstrem lain untuk kekal fit? Mai singgah ke Taman Metropolitan Kepong. Taman ini lengkap dengan laluan khas untuk anda berjogging atau berbasikal sambil mengelilingi tasik.
Antara kemudahan lain yang disediakan adalah tempat meletak kereta, khidmat sewaan basikal, ruang terbuka untuk bermain layang-layang, gerai jualan makanan, tanah lapang untuk berkelah, taman permainan kanak-kanak, laluan refleksologi, menara pemerhatian, tandas dan lain-lain lagi.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Jalan Lingkaran Tengah 2, Kepong Metropolitan Lake-garden, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
50. TAPAK Urban Street Dining
Dah puas berjalan-jalan, mesti rasa lapar kan? Tapi masalahnya tak pasti nak makan apa, masakan western ke, Itali ke, Mexico ke, Mediterranean ke atau tempatan? Tak perlu pening kepala, datang je ke TAPAK Urban Street Dining. Segala jenis makanan dijual di sini dalam harga dari sekitar RM5 ke RM20.
Terletak bersebelahan dengan Corus Hotel dan tidak jauh dari menara berkembar KL, TAPAK Urban Street Dining dikatakan menempatkan dalam sekitar 20 ke 25 buah food truck.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: 2A, Persiaran Hampshire, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
49. Taman Rimba Bukit Kerinchi
Taman Rimba Bukit Kerinchi adalah sebuah tarikan semula jadi yang terletak bersebelahan dengan Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Kalau anda nak tahu, Taman Rimba Bukit Kerinchi ini adalah pintu masuk untuk ke Bukit Gasing dari Kuala Lumpur. Selain rimba hijau, di sini juga terdapat kolam-kolam kecil dan sungai.
Pendakian bukit ini cukup mudah bagi anda yang ingin berekreasi bersama keluarga. Anda juga boleh merancang untuk berkhemah, berkelah atau berbbq. Antara kemudahan yang disediakan adalah tandas, laluan bersimen, jambatan gantung dan tapak meletak kereta.
Alamat
Alamat: Taman Rimba Bukit Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
48. Flight Experience Kuala Lumpur
Bukan semua orang mampu menjadi juruterbang, tapi dengan adanya Flight Experience Kuala Lumpur sesiapa pun dapat merasai pengalaman menerbangkan flight.
Di satu-satunya simulasi penerbangan yang dibuka kepada orang awam ini anda dapat memilih sehingga 24,000 buah lapangan terbang di seluruh dunia sebagai lokasi tujuan atau bertolak, lengkap dengan visual dan audio yang sangat realistik. Jangka masa yang diberikan untuk anda ‘feeling’ menjadi pilot ini adalah dari 30 ke 90 minit.
Penerbangan yang lebih panjang membolehkan anda menempuhi lebih banyak cabaran seperti perubahan cuaca yang bergantung kepada tahap keyakinan anda untuk mengawal.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Jln Pavilion, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
47. Galeri Batik JADI
Berkeluasan sehingga 30,000 kaki persegi, Galeri Batik JADI adalah lokasi di mana anda dapat melihat sendiri bagaimana corak pada batik dihasilkan. Teringin mencanting batik sendiri? Anda boleh mencubanya sendiri dengan menyertai kelas yang disediakan, tapi kenalah book awal-awal dulu.
Sebelum pulang, jangan lepaskan peluang untuk membeli barangan batik dan kraftangan yang dijual ya?
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: 30, Jalan Inai, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
46. KL Sentral Station
Nak makan angin jauh di sekitar KL atau sehingga luar dari kota ini tanpa perlu menggunakan kenderaan sendiri? Segala kemudahan pengangkutan awam dari MRT, LRT, keretapi, Monorel, ERL, ETS, bas, kereta sewa dan teksi berpusat di KL Sentral Station.
Dengan adanya hab pengangkutan sebegini, perjalanan anda menjadi jauh lebih murah daripada biasa. Dari sini juga anda boleh menuju ke airport secara terus tanpa perlu menempuhi kesibukan trafik.
Alamat
Alamat: Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur
45. Kuala Lumpur City Gallery
Kuala Lumpur City Gallery adalah satu-satunya galeri yang wajib anda lawati sekiranya ke KL. Lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang jarang-jarang dapat sampai ke ibu kota ni.
Di sini, anda sekeluarga dapat melihat galeri berkaitan masa lalu atau sejarah KL, masa kini dan masa depan KL. Selain itu turut terdapat banyak model miniatur lokasi-lokasi ikonik di sekitar KL. Kalau ada masa, luangkan hanya 10 minit untuk menonton persembahan berkaitan bandaraya KL yang sangat menarik untuk disaksikan.
Sebelum pulang, jangan lupa untuk bergambar dengan tulisan bersaiz gergasi ‘I KL’ yang terletak di luar galeri ni. Kalau tak, macam mana pengikut di Instagram nak tahu anda dah pernah teroka KL kan?
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Dataran Merdeka, 27, Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur
44. Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC)
Dikelilingi oleh pokok-pokok yang mekar dan taman yang luas, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) adalah sebuah tarikan menarik yang terletak di sebalik bangunan batu-bata era kolonial.
Di sebaliknya terdapat pentas dan ruang untuk persembahan-persembahan diadakan. Lokasinya, berdekatan dengan KTM Sentul.
Alamat
Alamat: Jalan Sultan Azlan Shah, Sentul, 51100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
43. The River of Life
Tersenarai antara 10 waterfront terbaik di dunia, The River of Life yang terletak berdekatan dengan Pasar Seni dan Chow Kit ini menawarkan pemandangan yang cukup mengujakan.
Sekiranya anda sampai sebelum mentari terbenam, anda dapat melihat pemandangan di sekitar dengan jelas di mana terletaknya sungai dengan air pancuran serta laluan yang cantik. Di dalam air ini juga anda dapat melihat ikan Koi berenang dengan riang.
Pada waktu malam, iaitu selepas pukul 8 malam, cahaya di sepanjang waterfront ini mula menyala dengan gaya yang bersesuai dengan muzik, seri keindahan pemandangannya ditambah lagi dengan latar belakang bangunan di sekitar yang turut memancarkan cahaya.
Alamat
Alamat: Jalan Tun Perak, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
42. Museum of Illusions Kuala Lumpur
Ilusi di Illusion 3D Art Museum masih tak cukup lagi? Mai datang ke Museum of Illusions Kuala Lumpur. Apa ilusi mata yang anda pernah dengar sebelum ni? Segalanya dapat dirasai di sini.
Antara ilusi yang dapat anda lihat atau cuba secara live di muzium ini adalah Hollow Face Illusion, Rubin’s Vase, The Bottomless Pit, The Chair Illusion, Stereogram, Ames Room, The Vortex Tunnel, Infinity Room, Anti-gravity Room, Holograms dan banyak lagi!
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Tingkat 1, Ansa Hotel Kuala Lumpur, (Antara Fahrenheit 88 dan Lot 10 Mall), 101, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
41. OUR ArtProjects @ The Zhongshan Building
Pencinta seni? Ini adalah ‘pulau tropika’ anda. Berlokasi di bangunan Zhongshan di Kampung Attap, inilah hab seni visual di KL yang telah direalisasikan oleh OUR ArtProjects. Selain menempatkan galeri OUR ArtProjects sendiri, di dalam bangunan yang sama turut terdapat Malaysia Design Archive, Bogus Merchandise, Artist Studio, Rumah Attap Library and Collective, kafe dan banyak lagi!
Bagi peminat muzik, di tingkat dua bangunan ini terdapat Tandang Store yang merupakan kedai muzik yang padat dengan vinyl, kaset, buku dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan muzik. Memang cool!
Kalau anda nak tahu, bangunan Zhongshan ini adalah sebuah rumah kedai lama tahun 1950-an yang telah diperbaharui.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: 80, Jalan Rotan, Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
40. Little India Brickfields
Little India Brickfields adalah lokasi di mana anda dapat menemui segalanya yang berkaitan dengan seni, budaya, makanan dan gaya hidup masyarakat India seperti pakaian tradisional, bunga-bungaan, rempah-ratus, kedai muzik Bollywood dan macam-macam lagi.
Sepanjang perjalanan di sekitar kawasan ini, anda tidak sesaat pun ‘dilanda’ kesunyian kerana ianya sentiasa dihidupkan dengan irama-irama Bollywood yang berkumandang dari kedai-kedai jualan.
Terasa lapar? Banyak kedai makan yang menghidangkan makanan-makanan seperti roti canai, tosei, chappati dan sebagainya.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Jalan Travers ke Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
39. Rumah Penghulu Abu Seman
Rumah ini merupakan rumah tradisional melayu yang dibina antara tahun 1910 ke awal 1930-an. Pemilik asalnya adalah ketua kampung Mukim Bagan Samak yang terletak di Kedah dan lokasi asal rumah ini adalah di Kampung Sungai Kechil.
Pada tahun 1996 Badan Warisan Malaysia telah menyelamatkan rumah ini daripada kerosakan dan dialihkan ke lokasinya sekarang di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur untuk dijadikan contoh rumah melayu lama kepada generasi moden. Rumah ini dikelilingi oleh taman yang ditumbuhi pokok-pokok herba tradisonal.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: 2, Jalan Stonor, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
38. Taman Rama-Rama KL
Dengan keluasan 80,000 kaki persegi, taman rama-rama ini merupakan yang terbesar di dunia. Anda dapat melihat sendiri lebih daripada 6000 spesis rama-rama yang wujud di sekitar tumbuhan eksotik yang dijadikan habitat haiwan comel ini.
Walaupun ia merupakan taman yang dikhaskan untuk rama-rama tetapi terdapat juga haiwan lain di sini seperti unggas, penyu, ikan koi Jepun dan serangga eksotik.
Selain daripada taman yang dipenuhi haiwan, taman rama-rama ini turut memiliki muzium yang mengumpulkan koleksi rama-rama dan serangga eksotik yang wujud di seluruh dunia.
Kalau anda dah puas berjalan-jalan melihat haiwan-haiwan ini anda boleh singgah ke kedai cenderamata yang terdapat di pintu keluar untuk membeli spesimen kumbang dan rama-rama untuk dijadikan hiasan ataupun kenangan.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Kuala Lumpur Butterfly Park, Jalan Cenderasari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur 50480
37. Aquaria KLCC
Aquaria KLCC yang terbesar di dunia ini terletak di dalam salah satu bangunan yang tertinggi di dunia, apa lagi sebab untuk anda tidak datang ke sini? Menempatkan lebih daripada 150 spesis hidupan laut.
Yang menjadi tarikan utama di akuarium ini adalah ikan jerung, ular laut, kuda laut dan lain-lain lagi. Pengalaman ke akuarium ini pasti akan menjadi pengalaman yang sangat indah buat ahli keluarga anda.
Selain daripada melihat hidupan-hidupan laut ini yang terbahagi dengan kaca akuarium, anda juga boleh menyertai program Diving with Sharks yang mana sekiranya anda memiliki lesen menyelam anda boleh mendekati jerung ini di dalam air, kalau tak ada lesen pun anda masih boleh menyertai program Cage Rage di mana anda akan dimasukkan di dalam sangkar yang akan diselamkan di dalam air.
Jangan risau ya, sebab ikan jerung di akuarium ini telah dijinakkan dan selamat untuk didekati. Pengalaman yang pasti menyeronokkan!
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur
36. Sky Bridge KLCC
Pengalaman yang menakjubkan apabila dapat naik ke bangunan tertinggi di Malaysia, Sky Bridge merupakan jambatan yang menghubungkan kedua-dua menara KLCC ini, dari sini anda boleh pergi ke dek pemerhatian untuk menyaksikan pemandangan sekitar bandaraya Kuala Lumpur yang begitu indah.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
35. Kuala Lumpur Upside Down House
Rumah terbalik yang terletak di Menara Kuala Lumpur ini adalah yang pertama di Kuala Lumpur dan merupakan rumah terbalik yang tertinggi di Malaysia. Kesemua kedudukan barangan tidak kira dari luar mahupun dalaman rumah ini adalah dalam kedudukan yang terbalik.
Unik dan pastinya satu pengalaman yang mengujakan terutama bagi kanak-kanak. Daya tarikan Upside Down House ini bukan sahaja pada rekaannya yang melawan graviti dan tak masuk dek akal, tapi juga dengan penggunaan warna-warninya yang begitu ceria, memang syok untuk bergambar kalau dah sampai ke sini.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Off, Jalan P Ramlee & Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur (KL Tower)
34. Dewan Filharmonik Petronas
Bagi pencinta muzik, di sinilah syurga untuk anda melayani irama lagu dan orkestra dengan kualiti yang sangat mengasyikkan. Pemandangan di dalam dewan ini sendiri begitu mengujakan dan kelihatan mewah sekali.
Di sinilah banyak persembahan-persembahan muzikal yang bertaraf dunia telah diadakan. Tiada sebab untuk anda tidak meluangkan masa untuk ke dewan ini, jangan lupa untuk berpakaian yang sesuai di tempat yang grand ini ya.
Alamat
Alamat: Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
33. Muzium Tekstil Negara
Terletak di sebuah bangunan bersejarah di Dataran Merdeka, bangunan ini memiliki ciri seni bina Mughal iaitu gabungan seni bina Turki, Persia, Asia-Selatan dan juga Islam. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1905 dan digunakan sebagai ibu pejabat Keretapi Persekutuan Tanah Melayu.
Mulai tahun 2010, bangunan ini digunakan sebagai Muzium Tekstil Negara. Terbahagi kepada 2 tingkat dengan 4 galeri yang berbeza. Untuk tingkat yang pertama terdapat Galeri Pohon Budi yang menempatkan pameran bahan-bahan dan teknik-teknik pembuatan tekstil sejak zaman dahulu.
Kemudian di Galeri Pelangi terdapat pameran jenis-jenis batik yang berbeza serta koleksi-koleksi tekstil daripada kaum Cina, dan komuniti Baba Nyonya serta tekstil daripada etnik Sabah dan Sarawak.
Di Galeri Teluk Berantai pula anda dapat melihat pameran motif-motif tekstil kaum Melayu dan lain-lain lagi. Di bahagian yang terakhir iaitu Galeri Ratna Sari terdapat pameran aksesori-aksesori tradisional yang digunakan oleh komuniti-komuniti yang wujud di Malaysia. Banyak yang dapat dipelajari di muzium ini terutama sekali tentang kekayaan budaya yang wujud di Malaysia. Sangat menarik untuk dilawati.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: National Textile Museum, 26 Jalan Sultan Hishamuddin, 50500 Kuala Lumpur.
32. Bank Negara Museum & Art Gallery
Di Bank Negara Museum & Art Gallery anda dapat belajar lebih banyak lagi tentang ekonomi di Malaysia serta sejarahnya. Selain itu, terdapat juga info-info tentang perbankan Islam, galeri yang memaparkan hasil seni kontemporari dan banyak lagi.
Terbahagi kepada 6 galeri iaitu Galeri Seni, Galeri Perbankan Islam, Galeri Numismatik, Galeri Kanak-kanak, Galeri Ekonomi dan Galeri Bank Negara Malaysia. Cara yang terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga sambil mengisi ilmu di dada, masuk pun percuma, jadi apa lagi?
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Sasana Kijang, 2 Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur
31. Bangunan Sultan Abdul Samad
Berhadapan dengan Dataran Merdeka, dinamakan sempena nama Sultan Selangor pada tahun ia mula dibina iaitu pada 1894. Bangunan ikonik di Kuala Lumpur ini telah diwartakan oleh Jabatan Warisan Negara sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2007.
Bangunan yang turut memiliki menara jamnya ini telah dirasmikan buat pertama kalinya pada ulang tahun kelahiran Queen Elizabeth pada tahun 1897.
Yang menjadikan bangunan ini begitu penting dalam sejarah di Malaysia adalah pada ketika di mana waktu bagi Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura diseragamkan pada 1 Januari 1982. Lawatilah bangunan ini untuk melihat sendiri lokasi di mana banyak peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Malaysia telah berlaku.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur
30. Dataran Merdeka
Nama asal dataran ini adalah Selangor Club Padang ataupun Padang. Namun setelah hari yang paling bersejarah bagi rakyat Malaysia diraikan di sini, iaitu pada 31 Ogos 1957 di mana kemerdekaan Malaysia telah dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman, padang ini telah digelar sebagai Dataran Merdeka.
Di sinilah Union Flag telah diturunkan iaitu tepat pada pukul 12 tengah malam, 31 Ogos, sebagai simbol kebebasan negara daripada penjajahan. Untuk pengetahuan anda, tiang bendera yang mengibarkan jalur gemilang di sini merupakan yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 95 meter.
Kalau anda datang ke sini bersama keluarga, anda boleh bersantai di padang ini, banyak juga permainan yang dijual di tepi padang untuk dibelikan kepada anak-anak supaya mereka dapat bermain di padang yang luas ini. Anda pula boleh menikmati pemandangan sekeliling yang sangat memukau.
Alamat
Alamat: Dataran Merdeka, 57000 Kuala Lumpur
29. Muzium Of Asian Art
Terletak di Universiti Malaya, muzium ini terkenal dengan koleksi kendi yang terbanyak di dunia. Anda dapat melihat lebih daripada 2000 hasil-hasil seramik yang dikumpulkan daripada Malaysia, India, Iran, Khmer, Vietnam, Thailand, China dan Jepun.
Selain itu, terdapat juga galeri-galeri lain yang menempatkan koleksi hasil seni Islam, hasil lukisan daripada karyawan Malaysia, senjata-senjata, ukiran batu dan banyak lagi.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Museum of Asian Art, University Malaya, Kuala Lumpur, 50603
28. Taman KLCC
Kalau anda ke KLCC jangan lupa untuk bersantai di Taman KLCC. Penuh dengan kehijauan, lanskap taman ini telah direka bentuk oleh Roberto Burle Marx, seorang arkitek lanskap Brazil yang terkenal di dunia, dikatakan bahawa ini merupakan hasil seni agungnya yang terakhir sebelum pemergiannya.
Taman yang berkeluasan 50 ekar ini turut memiliki laluan joging, ruang santai, hiasan air terjun, kolam, tasik dan taman permainan kanak-kanak. Waktu yang paling menarik untuk lepak di taman ini adalah pada waktu malam dan waktu ketika pertunjukan air diadakan iaitu setiap hari semasa tengah hari dan senja.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur
27. Blok Space
Untuk anda yang kaki shopping tapi dalam masa yang sama risaukan keselamatan anak-anak masa anda tengah sibuk mencari barang, apa kata kalau bawa anak-anak anda ke sini?
Banyak di buka di pusat-pusat membeli-belah, tempat yang sangat colourful, Blok Space merupakan sebuah lokasi di mana anak-anak dapat bermain lego sambil berinteraksi dengan kanak-kanak lain untuk berkongsi idea dalam pembinaan rekaan mereka.
Satu suasana yang positif untuk membantu perkembangan kanak-kanak agar menjadi lebih kreatif, bersifat ingin tahu dan pandai merealisasikan idea mereka. Sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 5 hingga ke 14 tahun.
Anak-anak dapat meluangkan masa menggunakan stok blok-blok lego yang tak pernah habis ini mengikut kreativiti mereka, anda pula boleh menggunakan waktu itu untuk bershopping sakan, win-win!
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Terdapat 5 cawangan di sekitar KL dan Petaling Jaya iaitu: IPC Shopping Centre Damansara, The School Jaya One, Main Place USJ 21, Empire Shopping Galery, 1 Mont Kiara.
26. Hutan Simpan Bukit Nenas (Teman Eko Rimba KL)
Hutan Simpan Bukit Nenas ini adalah hutan simpan yang paling tua di Semenanjung Malaysia. Dikenali sebagai ‘green lung’ Kuala Lumpur kerana terletak di tengah-tengah bandaraya metropolitan yang dipenuhi bangunan tinggi. Sebagai hutan yang tertua di semenanjung, anda dapat melihat pelbagai jenis flora dan fauna di sini, bagaikan jauh dari kota.
Anda boleh ke sini bersama keluarga kerana hutan ini turut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti pondok untuk bersantai, padang permainan, tempat berkhemah dan laluan joging. Bolehlah anda merancang bersama keluarga untuk ke sini kalau tiada apa-apa untuk dibuat pada hujung minggu.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Hutan Simpan Bukit Nenas, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur
25. Taman Orkid Kuala Lumpur
Bagi anda yang suka bercucuk-tanam ataupun pencinta tumbuh-tumbuhan yang penuh warna-warni ini, apa kata kalau anda dan keluarga melawat Taman Orkid Kuala Lumpur ini, terletak dekat sahaja dengan Taman Burung KL, di taman orkid ini anda dapat melihat lebih daripada 3000 jenis pokok orkid yang disusun atur dengan menarik sekali.
Taman ini menjadi pusat jualan orkid-orkid yang hidup segar pada setiap hujung minggu, kalau anda ingin menghias rumah dengan tumbuhan segar datanglah ke taman ini pada hujung minggu.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Jalan Perdana, Taman Tasik Perdana, Wilayah Persekutuan, 50480 Kuala Lumpur
24. Istana Budaya
Terletak berdekatan dengan Tasik Titiwangsa, bangunan yang memiliki seni bina kebudayaan Melayu ini merupakan tempat pementasan pelbagai persembahan sama ada lakonan, tarian mahupun muzik.
Bukan calang-calang persembahan-persembahan yang boleh diadakan di sini. Jadi kalau anda berpeluang, bawalah keluarga anda menikmati persembahan berkualiti tinggi di Istana Budaya. Anda boleh melihat jadual persembahan di laman web Istana Budaya.
Alamat
Alamat: Jalan Tun Razak, Titiwangsa, 50694 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
23. Taman Rusa Dan Kancil
Juga terletak di Taman Tasik Perdana, taman yang berkeluasan 1.5 hektar ini menempatkan rusa-rusa yang didatangkan dari Belanda dan kancil. Anak-anak anda boleh memberi makan kepada haiwan-haiwan ini.
Pemandangan sekitar taman ini juga agak menarik untuk anda bergambar. Taman ini tidaklah segempak zoo negara, kemasukan pun percuma sahaja, tapi seronok juga dapat melihat haiwan yang rare ini dengan lebih dekat kan?
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Taman Rusa & Kancil Kuala Lumpur, Tasik Perdana, Kuala Lumpur
22. Galeri Petronas KLCC
Galeri Petronas merupakan lokasi utama galeri seni visual di Kuala Lumpur, dengan keluasan 2000 kaki persegi ini, terdapat lebih daripada 1000 hasil karya yang dihasilkan oleh karyawan tempatan, antarabangsa, kontemporari dan tradisional.
Karya-karya seni yang terdapat di sini bukan sahaja lukisan, malahan juga pakaian, kraftangan dan foto. Mungkin anda boleh mendapat inspirasi untuk menghasilkan karya anda sendiri setelah berkunjung ke sini?
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Lot 341-343, Level 3, Suria KLCC Kuala Lumpur, Kuala Lumpur City Centre
21. Pasar Seni
Untuk anda yang menyukai barangan hasil kraftangan, Pasar Seni ataupun Central Market adalah lokasi yang wajib dikunjungi.
Menawarkan banyak pilihan barangan tempatan, anda pasti rambang mata terutamanya apabila melihat harga yang ditawarkan masing-masing tak nak kalah untuk mendapatkan pelanggan. Sudahlah begitu, sejuk lagi tu dengan penyejuk udara di seluruh pasar ini, anda dapat membeli-belah dalam keadaan yang selesa sekali.
Kalau dah penat membeli-belah, anda boleh ke tingkat satu Pasar Seni ini untuk makan di gerai-gerai yang terdapat di sini. Lepas makan, kalau anda nak cuba mencanting batik pun ada di sini.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur 50050
Lihat Senarai Tempat Menarik Berhampiran Dengan Kuala Lumpur:
- 20 Tempat Menarik Di Bangi | Panduan Lengkap Destinasi Terbaik Di Bandar Ilmu
- 17 Tempat Menarik Di Shah Alam | Destinasi Terbaik Di Ibu Kota Selangor
- 15 Tempat Menarik Di Kuala Selangor | Jom Bercuti Ke Bandar Indah & Bersejarah
20. Perpustakaan Kuala Lumpur
Dibina pada tahun 1989, perpustakaan ini memiliki koleksi monograf, muzik, majalah, suratkhabar, bisnes, ekonomi, seni dah banyak lagi. Kemudahan lain yang terdapat di perpustakaan ini adalah bilik-bilik mesyuarat, dewan serbaguna, dua buah galeri pameran, kemudahan internet dan juga auditorium.
Kalau anda membawa anak-anak yang berusia 4 ke 12 tahun, bersebelahan sahaja daripada perpustakaan ini adalah Perpustakaan Kanak-kanak Kuala Lumpur. Membaca kan jambatan ilmu, apa lagi yang ditunggu-tunggu?
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: No. 1, Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur.
19. Perpustakaan Kanak-kanak Kuala Lumpur
Apa yang membezakan perpustakaan kanak-kanak dan perpustakaan biasa ya? Kalau anda nak tahu, bukan sahaja terdapat perbezaan dari segi buku-buku yang ditawarkan di sini tetapi, untuk kanak-kanak, terdapat sesi bercerita, pertunjukan boneka, permainan papan dan macam-macam lagi yang membuatkan kanak-kanak seronok untuk ke perpustakaan.
Selain itu, buku-buku yang mudah untuk dibaca bagi yang baru belajar mengeja diletakkan pada rak yang sama. Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya, nak anak suka membaca, bawalah mereka ke perpustakaan sejak kecil lagi.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: No. 1, Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur
18. Taman Tasik Titiwangsa
Taman tasik ini agak terkenal dalam kalangan warga kota Kuala Lumpur untuk bersantai menenangkan fikiran. Di sini terdapat beberapa buah tasik yang luas di tengah-tengah taman.
Di tasik ini anda boleh melakukan aktiviti menarik seperti menaiki paddle boat dan bermain Unexs waterball. Selain itu, tasik ini turut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, laluan joging, trek kereta kawalan jauh dan kemudahan menunggang kuda. Agak meriah jugalah taman tasik ini kalau di hujung minggu.
Untuk anda yang datang untuk bersantai, terdapat beberapa gerai yang menjual makanan dan minuman di sekitar taman tasik untuk dibeli sambil menikmati pemandangan sekeliling.
Alamat
Alamat: Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur
17. Muzium Polis
Muzium ini mempamerkan lebih daripada 2,500 koleksi barangan bersejarah. Antara yang dipamerkan di sini adalah senjata-senjata hasil rampasan daripada komunis pada zaman darurat dulu, koleksi keris, pisau Gurkha, pistol Portugis dan senjata-senjata lain hasil pengubahsuaian daripada barangan harian oleh penjenayah di Malaysia seperti daripada rantai basikal dan banyak lagi.
Selain daripada senjata, muzium ini turut mempamerkan pakaian seragam polis pada zaman dahulu serta dokumen-dokumen yang telah dirampas dari komunis. Kedengaran menarik kan?
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: 5, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur
16. Pusat Kraftangan Negara
Bangunan yang mempunyai seni bina tradisional Melayu Terengganu ini sangat menarik untuk dilawati sama ada untuk mempelajari lebih banyak lagi tentang hasil kraftangan di Malaysia ataupun untuk membeli-belah.
Di sini terdapat banyak barangan kraftangan menarik yang bukan sahaja sesuai untuk dijadikan hadiah kepada yang tersayang, malahan, terdapat juga barangan-barangan yang boleh dijadikan dekorasi rumah.
Hasil seni kebanyakan barangan di sini penuh dengan perincian dan sukar untuk ditemui di tempat lain. Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat butik yang menjual pakaian-pakaian tradisional Melayu seperti batik dan sutera.
Tak cukup dengan itu, selepas puas membeli-belah, anda boleh singgah ke Muzium Kraf yang terdapat di sini untuk melihat pameran artifak bersejarah seperti peralatan yang digunakan pada masa dahulu untuk menghasilkan kraf dan banyak lagi.
Kalau anda ke Perkampungan Kraf yang terdapat di pondok-pondok kecil di bahagian bawah bangunan ini pula, anda dapat mencuba sendiri mencanting batik, melihat demonstrasi ukiran kayu, seramik dan macam-macam lagi.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
15. Taman Botani Kuala Lumpur
Taman rekreasi ini merupakan yang paling popular di Kuala Lumpur. Manakan tak terkenalnya, destinasi-destinasi menarik banyak berada di sekitar taman ini juga seperti Tugu Negara, Taman Orkid, Taman Rama-rama dan banyak lagilah.
Bercakap tentang taman botani ini pula, ia sememangnya syurga bagi pencinta taman dan tumbuh-tumbuhan, kerana rekaan taman ini sangat menarik sekali dengan kepelbagaian tumbuhan dan bunga yang penuh warna-warni, bagi anda yang suka berfotografi, jadikan ini lokasi lawatan anda yang seterusnya, mesti puas hati!
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur
14. Menara Kuala Lumpur
Memang untung orang KL, naik lif je dah dapat naik ke ‘puncak’ yang tinggi untuk menikmati pemandangan yang tak terkira keindahannya. Salah satu lokasi yang menawarkan pemandangan tanpa batasan pada kedudukan mencecah awan ini adalah Menara Kuala Lumpur.
Dibina pada tahun 1994, menara yang berketinggian 421 meter ini memiliki dek pemerhatian pada ketinggian 276 meter, sekurang-kuranganya 100 meter lebih tinggi daripada Skybridge yang terdapat di KLCC. Tak payah fikir dua kali lagi nak pilih yang mana.
Selain melihat pemandangan yang mengujakan, aktiviti lain yang boleh anda lakukan adalah berselfie sepuas hati di dalam Skybox KL Tower, melihat pertunjukan kebudayaan, menaiki simulator F1 dan banyak lagi.
Untuk yang membawa anak kecil pula, salah satu aktiviti best yang boleh dilakukan adalah dengan melawati KL Tower Mini Zoo di mana anda sekeluarga dapat melihat pelbagai jenis haiwan dan ini termasuklah spesies kuda yang paling kecil di dunia dan juga sejenis kura-kura yang terbesar di dunia. Dah puas beraktiviti, apa kata kalau anda cuba menikmati hidangan di restoran berputar Atmosphere 360?
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Jalan Puncak, Off Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur City Centre
13. Illusion 3D Art Museum
Jom tenggelam dalam dunia ilusi di Illusion 3D Art Museum. Bagi pencinta seni, anda pasti akan terpana melihat betapa powernya penghasilan lebih daripada 30 buah lukisan yang terpamer di muzium ini.
Bukan sekadar untuk dilihat, tujuan utama lukisan 3D ini dihasilkan adalah untuk anda berposing dengan latar belakang lukisan ini. Anda boleh berpura-pura menjadi tukang gunting rambut kepada Tunku Abdul Rahman, berlawan dengan Darth Vader dan banyak lagi.
Tak cukup lagi? Dah puas berposing di samping lukisan-lukisan yang realistik ini anda juga dapat merasai pengalaman unik yang dipanggil Augmented Reality di mana animasi akan dipaparkan menggunakan skrin besar di sekitar anda!
Sepanjang berada di dalam bilik ini, anda boleh beraksi secara kreatif kerana pihak muzium akan merakam video dan menangkap gambar sepanjang masa anda di dalam dunia AR ni.
Sekiranya anda merancang untuk ke sini, anda boleh menuju ke Central Market dan naik ke level 2, kedudukannya adalah berhampiran dengan bahagian belakang pasar.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Level 2 Central Market Annexe, Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur 50050
12. Masjid Negara
Tengah seronok makan angin sekitar KL ni, tiba-tiba terdengar bunyi azan, tapi di mana nak solat? Untuk tujuan ini, mai singgah solat di Masjid Negara. Sambil-sambil tu, bolehlah melihat keindahan masjid yang menjadi lambang keagungan agama Islam di Malaysia ni.
Untuk pengetahuan anda, masjid yang dibina antara tahun 1963 dan 1965 ini terletak di dalam kawasan seluas 13 ekar dengan bangunan utamanya berdiri di atas kawasan berkeluasan 3 ekar.
Sebelum pembinaan masjid ini, arkiteknya, Baharuddin Abu Kassim telah melakukan kajian ke atas masjid-masjid yang terdapat di Sepanyol, UAE, Arab Saudi, Iran, Pakistan, India dan Turki.
Ingin melihat sendiri keindahan pembinaannya? Datanglah ke Masjid Negara kalau ke KL nanti ya?
Alamat
Alamat: Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
11. Balai Seni Visual
Balai Seni Visual adalah galeri seni Malaysia yang rasmi yang terletak di dalam bangunan dengan bumbung berbentuk piramid berkaca biru.
Dari bangunannya lagi sudah terpancar kesenian galeri ini. Kalau anda nak tahu, galeri ini sebenarnya menggantikan Galeri Seni Negara yang pernah ditubuhkan pada tahun 1958 di Jalan Ampang.
Di dalam galeri Balai Seni Visual ini, anda dapat melihat sehingga 4000 karya yang dihasilkan oleh karyawan yang terkenal tempatan dan luar negara. Antara koleksi yang terkenal di galeri ini adalah seni batik dan pop art. Di tingkat bawah galeri ini pula ditempatkan pameran sementara.
Selain galeri, Balai Seni Visual turut menjadi lokasi bengkel dan kelas seni yang diadakan mengikut jadual.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: No. 2, Jalan Temerloh, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
10. Blastacars Malaysia
Terletak di tingkat 5 Sungei Wang Plaza, Blastacars Malaysia adalah sebuah trek indoor yang berkepanjangan 200 meter di mana anda boleh berlumba sepuas hati menggunakan Drift Karts yang disediakan.
Tahap keselamatannya? Jangan risau, kart yang dihasilkan dari New Zealand ini telah direkabentuk dengan teliti untuk memenuhi standard keselamatan ketat yang telah ditetapkan oleh negara tersebut. Di samping itu, sebelum bermulanya perlumbaan, anda akan diberikan briefing dalam bentuk video dan juga training daripada kakitangan mereka sendiri.
Terdapat 3 pilihan ‘speed setting’ yang ditawarkan iaitu Novice, Advance dan Pro. Untuk menaiki kart Pro yang memiliki enjin berkuasa 390cc, anda perlu menunjukkan kemampuan mengawal kart Advance terlebih dahulu. Kalau staff di sini mendapati anda layak, anda akan menerima ‘Black Card License’ yang membolehkan anda membawa kart Pro.
Sampai bila nak tengok orang lain berlumba dan driftkan? Inilah peluangnya untuk cuba sendiri!
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Sungei Wang Plaza (5th Floor), Kuala Lumpur
9. Memorial Tunku Abdul Rahman
Memorial Tunku Abdul Rahman telah dilancarkan oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 11 November 1994 untuk memperingati sumbangan Almarhum Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1957 sehingga 1970.
Terletak di Jalan Dato’ Onn, memorial yang dikelilingi oleh taman indah ini mempamerkan legasi yang ditinggalkan Tunku yang termasuklah foto, dokumen, cenderamata, petikan berita, perabot dan pakaian beliau. Anda juga dapat melihat paparan audiovisual berkaitan Tunku.
Juga sebahagian daripada memorial ini adalah tempat tinggal rasmi Tunku yang telah pun berusia lebih daripada 100 tahun namun masih terjaga dengan baik. Di bahagian luar rumah ini terdapat 2 buah kenderaan klasik yang pernah digunakan Tunku ketika berkhidmat sebagai PM iaitu kereta Cadillac Fleetwood 1959 dan Vintage Car Model Nash Rambler Custom Convertible 1951.
Ingin mengenali dengan lebih dekat Bapa Kemerdekaan kita? Datanglah ke memorial yang padat dengan pelbagai info ini.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Jalan Dato Onn, , Off Jalan Sultan Salahuddin, Kuala lumpur
8. Muzium Negara
Siapa yang tak tertarik dengan bangunan yang satu ni, terletak di tengah-tengah bandaraya moden KL adalah sebuah bangunan dengan seni bina istana Melayu klasik, Muzium Negara. Sesuailah dengan fungsinya yang mempamerkan koleksi peninggalan lama sejak sebelum wujudnya negara Malaysia sehinggalah masa kini.
Muzium ini terbahagi kepada beberapa buah galeri iaitu Galeri Pra-Sejarah / Sejarah Awal yang terletak di tingkat satu di mana anda dapat melihat pameran tentang pembentukan kepulauan Melayu dan artifak yang ditemui di tapak-tapak arkeologi.
Seterusnya adalah galeri Kerajaan-Kerajaan Melayu, galeri Era Kolonial dan terakhir sekali adalah galeri Malaysia Kini.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, Tasik Perdana, 50566 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
7. Pustaka Peringatan P. Ramlee
Pustaka Peringatan P. Ramlee atau turut dikenali sebagai Memorial P. Ramlee, adalah sebuah destinasi yang wajib dilawati peminat seniman yang telah banyak menyumbang kepada industri hiburan negara pada suatu ketika dulu.
Bagi sesiapa yang menceburkan diri dalam industri perfileman atau sebarang bentuk kesenian, di sini, anda boleh mendapatkan pembakar semangat dan inspirasi.
Bukan sekadar sebuah memorial, bangunan di mana pameran berkaitan P. Ramlee ini diadakan juga adalah sebenarnya banglo yang pernah menjadi kediaman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sendiri sehinggalah pemergian beliau pada tahun 1973.
Berkeluasan 7,200 kaki persegi, rumah ini adalah tanda perghargaan kepada P. Ramlee yang diberikan oleh Shaw Brothers (syarikat penerbitan filem).
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: 22, Jalan Dedap, Taman P Ramlee, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
6. Breakout
Nak test tahap keberanian dan kecekapan anda? Mai try Breakout! Di sini anda akan memasuki bilik yang menyeramkan tak ubah macam dalam novel seram Stephen King.
Kalau anda nak tahu, Breakout adalah satu-satunya escape game di dunia yang menggabungkan permainan berperanan (role-play). Karakter yang akan dimainkan oleh sesiapa yang terlibat dalam permainan ini adalah seseorang yang memiliki kuasa untuk mendapatkan masa tambahan (Time Bender), pembawa cahaya (Light Bringer) atau pembuka kunci (Lock Master). Lagi ramai geng anda, lagi banyak kelebihan yang dimiliki.
Alamat Waktu Operasi
Alamat:
- Cawangan NU Sentral: L4 – 09A , Level 4, Nu Sentral, 201, Jalan Tun Sambathan, 50470, Kuala Lumpur
- Cawangan Avenue K: L2-16 (Level 2), AVENUE K Address: 156, Jalan Ampang, Kuala Lumpu
5. Muzium Kesenian Islam Malaysia
Muzium Kesenian Islam Malaysia yang terletak di Tasik Perdana ini menempatkan sekitar 7 ribu artifak di dalam 12 buah galerinya yang dibahagikan mengikut jenis bahan pameran.
Muzium ini menggunakan 2 tingkat untuk galeri tetap dan 2 bahagian galeri untuk pameran sementara. Untuk galeri yang tetap, di tingkat 1 terdapat galeri senibina, quran dan manuskrip, India, China dan Melayu. Tingkat 2 pula menempatkan galeri tekstil, barang kemas, senjata, syiling, besi, kayu dan seramik.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Perdana, Jalan Lembah, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur
4. Muzium Etnologi Dunia Melayu
Tidak lengkap lawatan anda ke muzium di sekitar KL ini kalau tak menjejakkan kaki ke Muzium Etnologi Dunia Melayu yang terletak begitu hampir dengan Muzium Negara.
Bangunan dengan bahagian depan seperti anjung rumah tradisional Melayu ini menempatkan pelbagai jenis bahan pameran yang didatangkan daripada negara-negara serumpun Melayu seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Kemboja, Afrika Selatan, Melayu Polenesia, Madagaskar dan negara Malaysia sendiri.
Antara koleksi yang dapat dilihat dipamerkan di sini adalah hasil ukiran, barangan tekstil, peralatan logam, peralatan dapur, teknologi pengangkutan, senjata, peralatan muzik, perhiasan diri dan sebagainya.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Jalan Damansara, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
3. Escape Room
Escape Room adalah permainan escape yang terletak di Berjaya Times Square. Di sini, anda dapat menguji kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan puzzle dan kod-kod yang wujud bagi melepaskan diri dalam masa 45 minit.
Kalau anda rasa anda seoang yang tak pernah kalah dalam apa-apa permainan puzzle, mai betul-betul test skill anda di sini. Pengalaman yang sangat menguji minda namun cukup menyeronokkan. Bukan sekadar menyelesaikan masalah, anda juga perlu mengharungi cabaran ini dalam suasana yang menyeramkan.
Yang syoknya, ada 9 jenis bilik yang boleh dipilih dengan tahap kegentingan situasi dan cabaran yang berbeza. Cabaran-cabaran yang ditawarkan adalah diadaptasikan daripada movie-movie terkenal Hollywood seperti Safari Jungle, The Cage, the Haunted House dan Wonderland.
Macam mana? Ada berani?
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Berjaya Times Square Shopping Mall, 07-96, 7th Floor, Entertainment Podium, No.1, Jalan Imbi, Kuala Lumpur 55100
2. Muzium Diraja Negara
Muzium Diraja Negara adalah sebuah muzium yang terletak di dalam Istana Negara yang lama yang pernah digunakan dari tahun 1957 sehingga tahun 2011.
Ya, bukanlah muzium biasa kerana bangunan ini memiliki nilai sejarahnya yang tersendiri. Untuk pengetahuan anda, bangunan istana lama yang terletak di atas tanah berkeluasan 11 hektar ini telah dibina sejak sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1928 oleh seorang taikun Cina bernama Chan Wing yang mengumpulkan kekayaannya melalui perlombongan bijih timah di lokasi yang kini menjadi tapak bangunan The Mines.
Ketika perang dunia, bangunan istana ini pernah digunakan oleh penjajah Jepun. Setelah itu, ianya menjadi milik British Royal Air Force dan kemudiannya sebagai istana Sultan Selangor. Pada tahun 1957 pula, bangunan ini telah diubahsuai dan diperbaiki untuk dijadikan Istana Negara.
Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Jalan Istana, Istana Negara, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
1. Masjid Wilayah
Reka bentuk masjid ini diinspirasikan daripada Masjid Biru yang terletak di Istanbul dengan gabungan seni bina Turki dan Melayu. Masjid ini memiliki ruang solat yang sangat besar sehingga mampu menampung dalam 15,000 jemaah pada satu-satu masa.
Di sekitar masjid ini terdapat air pancut dan juga tumbuhan-tumbuhan hijau yang terjaga dengan baik sekali. Kecantikan Masjid Wilayah ini tidak dapat diluahkan dengan kata-kata dan tidak cukup dengan hanya melihat pada gambar, anda perlu datang sendiri dan lihat dengan lebih dekat lagi sentuhan yang penuh perincian pada setiap sudut masjid ini yang kelihatan begitu tenang dan indah.
Alamat