Jana Pendapatan Dengan SHOPEE !

Friday, 13 September 2019

66 Tempat Menarik Di Sabah

Apakah aktiviti-aktiviti tersebut dan di mana tempat menarik di Sabah? Teruskan membaca untuk memahami dengan lebih mendalam lagi mengapa negeri ini menjadi destinasi pelancongan yang terkenal bukan sahaja bagi rakyat Malaysia sendiri, malahan menjadi destinasi idaman pelancong-pelancong dari seantero dunia.

66. Taman Laut Tunku Abdul Rahman





Tunku Abdul Rahman National Park Image
Sumber: Scubahive.com

Jutaan tahun yang lalu, terjadinya satu fenomena alam di mana ais mencair sehingga mengubah paras laut dan memberi kesan kepada kawasan daratan untuk terbahagi kepada beberapa buah pulau yang terasing. Inilah yang terjadi kepada lima buah pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.
Kesemua gugusan pulau inilah yang membentuk Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Daripada kesemua pulau ini, hanya empat buah pulau yang menjadi hotspot dalam kalangan para pelancong iaitu Pulau Gaya, Sapi, Manukan dan Mamutik.
Bagaimana untuk menikmati percutian di taman laut ni? Anda boleh berisland hopping, bersnorkeling, sea walking, menyelam skuba, parasailing atau sekadar berkelah. Cukup banyak cara untuk bersatu dengan keindahan yang ditawarkannya.
Untuk menuju ke pulau-pulau ini, anda boleh mendapatkan bot dari Jesselton Point yang terletak di bandar Kota Kinabalu. Sebelum ke sini, jangan lupa untuk membawa bekalan makanan dan minuman yang secukupnya kerana makanan yang dijual di pulau agak mahal.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Sabah

65. Gunung Kinabalu





Gunung Kinabalu Image
Sumber: Mount Kinabalu

Tarikan yang satu ini tidak asing lagi, Gunung Kinabalu yang merupakan puncak tertinggi di Malaysia. Disebabkan statusnya, Gunung Kinabalu menjadi dambaan ramai kaki hiker yang ingin mencuba sesuatu yang ekstrem.
Bukan mudah untuk menuju ke puncaknya kerana ramai yang mencuba berpotensi untuk mengalami masalah seperti mabuk bukit, kekejangan dan lain-lain lagi yang disebabkan oleh altitud tinggi dan tahap kecuramannya.
Pastikan anda mendapat latihan dan nasihat yang sepatutnya sebelum mencuba ya?
Pemandangan yang dapat dinikmati dari puncak gunung? Sukar diungkapkan dengan kata, terutama sekali ketika matahari mula membenamkan cahaya. Jangan lupa untuk membawa banyak pakaian yang dapat menghangatkan badan termasuklah sarung tangan.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Gunung Kinabalu, Ranau, Sabah

64. Pulau Mantanani





Pulau Mantanani
Sumber: Beautiful Life & Nature

Tarikan yang terletak di bahagian pantai barat Sabah, Pulau Mantanani sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Mantanani Besar dan Mantanani Kecil.
Pada suatu ketika dulu, di sekitar pulau ini cukup mudah untuk anda terserempak dengan ikan lumba-lumba atau dugong. Daratannya pula sering menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur. Namun, pemandangan ini kian berkurang, tapi siapa tahu, mungkin anda bernasib baik?
Kalau tidak berpeluang untuk menyaksikan semua ini, anda masih dapat menikmati keindahan sebuah fenomena laut yang sangat menarik iaitu bioluminescence di mana hamparan cahaya biru di sekitar lautan yang disebabkan oleh mikroorganisma marin yang wujud dapat dilihat pada waktu malam.
Untuk menuju ke sini, anda boleh mendapatkan perkhidmatan bot yang ditawarkan penduduk kampung di Rampayan, Kota Belud, perjalanan untuk ke pulau dengan bot mengambil masa sekitar 45 minit ke 1 jam, bergantung kepada keadaan ombak. Untuk ke Kota Belud dari Kota Kinabalu pula mengambil masa dalam sekitar satu setengah ke dua jam.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Pulau Mantanani Besar, Kampong Mantanani, Sabah

63. Lok Kawi Wildlife Park





Lok Kawi Wildlife Park
Sumber: Lok Kawi Wildlife Park

Lok Kawi Wildlife Park terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian zoologi dan botani.
Sepanjang perjalanan melihat haiwan-haiwan eksotik yang ada, anda dilindungi daripada sinaran matahari terik oleh dedaun pokok hutan hujan.
Antara haiwan yang dapat dilihat adalah orang utan, monyet belanda, harimau, gajah dan banyak lagi. Di zon botaninya, anda boleh melalui laluan berkepanjangan sekitar 1.4 km yang disediakan untuk melihat kepelbagaian flora yang ada di dalam rimba.
Selain ini semua, Lok Kawi Wildlife Park turut menempatkan sebuah ampitheater untuk pertunjukan haiwan. Begitu banyak sekali tarikan untuk dilihat sehinggakan kebiasaannya pengunjung akan mengambil masa dalam sekitar 2 jam untuk selesai melihat segalanya.
Tertarik untuk datang ke sini? Waktu yang terbaik adalah seawal pagi yang mungkin ketika haiwan lebih aktif.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: 63, Jalan Penampang, 88200 Putatan, Sabah

62. Spa Ikan Di Sungai Moroli





Spa Ikan di Sungai Moroli
Sumber: Food Poi

Setelah puas makan angin di lokasi menarik Sabah yang tak terkira banyaknya, mesti terasa penat dan lenguhkan? Itu petandanya anda perlu singgah ke Spa Ikan, Sungai Moroli.
Di sini, kaki anda akan diberikan ‘layanan khas’ oleh ikan-ikan yang berenang bebas di dalam sungai. Ikan terapi yang datang dalam pelbagai saiz dan jenis ini akan mendekati kaki anda sebaik anda merendamkan kaki ke dalam air.
Jangan risau, gigitan ikan ini cukup lembut dan bertujuan untuk membuang kulit mati yang ada pada kaki. Satu pengalaman yang sangat unik! Masa yang diperuntukkan untuk setiap pegunjung adalah 15 minit.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Ranau Tagal Sungai Moroni, Kampung Luanti Baru, 89300 Ranau Sabah


61. Turtle Island Park





Turtle Island Park Sabah
Sumber: Maklarin Lakim

Terdiri daripada tiga buah pulau iaitu Pulau Selingan, Bakungan Kecil dan Pulau Gulisan, Turtle Island Park adalah syurga bagi penyu karah dan penyu agar yang kian diancam kepupusan di kawasan lain.
Pulau Selingan yang merupakan pulau terbesar daripada yang lain menempatkan pejabat, pusat penetasan, penginapan dan pelbagai fasiliti asas lain. Pulau lain pula digunakan untuk aktiviti pemuliharaan penyu.
Sekiranya anda meluangkan masa untuk melihat tarikan ini, anda mungkin berpeluang untuk melihat di depan mata bagaimana penyu bertelur atau melihat suasana ketika renjer melepaskan penyu yang telah cukup usia ke dalam lautan. Bayangkanlah betapa seronoknya anak-anak dapat merasai pengalaman berharga ini.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Turtle Island Park, Sandakan, Sabah

60. Kolam Air Panas Poring (Poring Hot Spring)





Poring Hot Spring
Sumber: Uwe Aranas / CC BY-SA 3.0

Jangan disalah sangka, Kolam Air Panas Poring sebenarnya bukan sekadar kolam. Di sini, anda bakal dikejutkan dengan bermacam aktiviti lain lagi yang dapat menceriakan percutian seperti menyertai canopy walk, melawati kawasan air terjun, melawati taman rama-rama dan muzium serangga, meneroka bat cave dan juga berjungle trekking. Keseronokan yang dapat dinikmati tanpa mengira usia.
Bagaimana pula dengan kolam air panasnya? Anda dapat merasai pengalaman berendam badan di dalam kolam air panas semula jadi yang berpunca dari gunung. Bukan itu sahaja, untuk lebih privasi, anda boleh juga mendapatkan kolam peribadi dengan caj yang sangat berpatutan.
Tertarik untuk datang ke sini? Tunggu sehingga badan dah mula lenguh selepas seharian berjalan untuk merasai nikmati sebenar yang ditawarkan kolam air panas ni. Airnya dikatakan memiliki kandungan sulfur yang mampu diserap badan untuk menghilangkan lenguh sendi.
Lebih sebab untuk datang ke sini? Kolam yang disediakan boleh digunakan tidak kira dewasa atau kanak-kanak, dan anda juga boleh memilih sama ada ingin mendapatkan mandian air panas atau sejuk.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Kolam Air Panas Poring, 89309, Ranau, Sabah


59. Pulau Bohey Dulang





Pulau Bohey Dulang
Sumber: @mykendylife

Pulau Bohey Dulang adalah sebuah pulau berbukit-bukau yang merupakan sisa kepada limpahan volkano yang pernah terjadi pada masa lampau.
Dikelilingi oleh lautan biru berair jernih, selain menarik untuk aktiviti skuba, sebab lain mengapa pulau ini menjadi tarikan yang terkenal di Sabah adalah kerana pemandangan yang dapat dinikmati dari puncak bukit pulau ini. Berketinggian 300 meter, anda dapat menyaksikan keindahan lautan dan tumbuhan penuh kehijauan.
Aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini adalah snorkeling, melawat Unit Kajian Marin Tun Sakaran untuk melihat kerang gergasi, melawat perkampungan Bajau Laut dan banyak lagi. Selain itu, Pulau Bohey Dulang turut pernah diisytiharkan sebagai taman santuari burung, menjanjikan anda dengan kehadiran pelbagai jenis burung untuk diteropong.
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah


58. Pulau Mataking

Mataking Island Sabah
Dalam sekitar 40 minit dari Semporna terletaknya sebuah pulau yang cukup sempurna keindahannya, Pulau Mataking. Pulau ini juga seperti mana pulau disebut sebelum ini, terbahagi kepada dua iaitu Pulau Mataking Besar dan Pulau Mataking Kecil.
Pembahagian antara dua buah pulau ini terjadi kerana jujuran pasir pantai yang kecil dan yang hanya akan tenggelam di saat air laut sedang pasang.
Kalau anda tidak bercadang untuk menyelam skuba atau membasahkan badan di lautan, tawaran aktiviti lain juga tidak kurang banyaknya adalah seperti mencanting batik, mendapatkan rawatan spa di Jamu Spa, berkanu, berjungle trekking atau singgah ke Pulau Mataking Kecil yang hanyalah 20 minit berjalan kaki dari Pulau Mataking Besar.
Ingin menghubungi orang yang tersayang semasa bercuti? Jangan guna emel atau call yang agak cliché, alang-alang sudah sampai ke pulau ni, mai guna Pejabat Pos dalam air di Mataking ni. Ya, anda boleh tinggalkan surat yang telah diletakkan dalam beg vakum ke dalam mailbox yang disediakan di kapal kargo yang telah ditenggelamkan ke dasar lautan.
📍 Alamat
Alamat: Pulau Mataking, Semporna, Sabah

57. Gaya Street Sunday Market





Gaya Street Sunday Market Sabah
Sumber: Teoh Huooi Hong

Gaya Street Sunday Market adalah sebuah pasar pagi hujung minggu yang beroperasi pada setiap hari Ahad di Kota Kinabalu. Jangan terkejut, pasar yang pada asalnya diberikan nama Bond Street ini telah wujud sekitar 100 tahun lamanya. Pada ketika dulu, terdapat kedai-kedai kayu yang beratap nipah, namun kini tidak lagi.
Apa yang boleh anda temui di sini?
Bermacam barangan diniagakan seperti makanan tradisional Sabah, produk hasil laut, pakaian, cenderamata, kraftangan, bunga, buah-buahan, herba, barangan antik dan bermacam-macam lagi! Memang meriah.
Tak nak bersesak dengan orang ramai? Datanglah seawal ia dibuka iaitu pada pukul 6.30 pagi.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Gaya Street Sunday Market, Jalan Gaya, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

56. Sungai Kibunut





Sungai Kibunut
Sumber: Nelson Michael Films

Sungai Kibunut adalah salah satu daripada 500 batang sungai di Sabah yang melaksanakan sistem tagal. Tagal ni membawa maksud ‘tidak memancing.’ Ya, anda dilarang sama sekali daripada memancing di sungai ini untuk memelihara ekosistemnya. Kalau dilanggar, anda akan dikenakan ‘sogit’ atau denda.
Janganlah bersedih, walaupun tak boleh memancing, ada banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan seperti berbbq di bbq pit yang disediakan, berkhemah atau sekadar menikmati pemandangan menggegarkan jiwa air sungai yang jernih.
📍 Alamat
Alamat: Sungai Kibunut, Penampang, Sabah

55. Mari Mari Cultural Village





Mari Mari Cultural Village Sabah
Sumber: Mari Mari Cultural Village

Mari Mari Cultural Village adalah satu aktiviti yang akan membawa anda jauh ke kawasan pendalaman dan bersatu dengan alam semula jadi.
Perkampungan ini dijadikan sebagai muzium untuk mengekalkan atau memelihara budaya etnik Borneo yang kian dimamah masa. Lawatan ke kawasan kampung atau muzium terbuka ini dapat membuka mata anda tenang gaya hidup 5 etnik berbeza.
Kelima-lima etnik ini adalah etnik Kadazan-Dusun (petani padi), Rungus (penduduk rumah panjang), Lundayeh (pemburu dan nelayan), Bajau (nomad laut) dan etnik yang paling terkenal kerana kisah mereka sebagai pemburu kepala pada suatu ketika dulu iaitu etnik Murut.
Selain dapat menyelami kehidupan kesemua etnik ini, anda juga boleh mencuba sendiri beberapa aktiviti harian mereka seperti bagaimana untuk menghidupkan api menggunakan buluh dan cara menggunakan sumpit.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah



54. Agnes Keith House





Agnes Keith House
Sumber: Agnes Keith House

Terletak di atas bukit sepanjang Jalan Istana dan hanyalah 1 km dari pekan Sandakan adalah sebuah rumah yang telah diubah menjadi muzium, Agnes Keith House.
Siapa Agnes Keith ni? Untuk pengetahuan anda, beliau adalah seorang penulis yang terkenal pada zaman Perang Dunia Kedua.
Salah satu buku yang pernah dihasilkannya, “Land Below the Wind” pada tahun 1939 telah menjadikan bukan sahaja dirinya terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa tapi juga membuka mata ramai tentang negeri Sabah.
Menjejakkan kaki ke dalam rumah ini, anda dapat melihat bemacam barangan antik seperti mesin menaip, pen, buku, barangan hiasan, perabotnya dan banyak lagi. Anda juga dapat melihat banyak foto lama serta info berkaitan keluarga Agnes dari tahun 1873 hinggalah 2004 (generasi Keith terkini). Artifak perang turut dapat dilihat dipamerkan di sini.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Agnes Keith House, Jalan Istana, 90709 Sandakan, Sabah

53. Taman Bukit Tawau





Taman Bukit Tawau Sabah
Sumber: taman bukit tawau

Taman Bukit Tawau adalah sebuah tarikan alam semula jadi yang terdiri daripada 5 buah sungai utama iaitu Sungai Tawau, Sungai Merotai, Sungai Kinabutan, Sungai Mantri dan Sungai Balung. Secara keseluruhannya, taman ini memiliki keluasan mencecah 27,972 hektar.
Di dalam hutan ini, anda dapat melihat kekayaan floranya yang tidak terkira banyaknya. Tarikan yang ada adalah seperti pokok hutan tropika tertinggi di dunia yang mencecah hampir 90 meter, kawasan air terjun (Air Terjun Table dan Air Terjun Bukit Gelas), taman botani dan kolam air panas.
Kekayaan faunanya juga cukup memukau. Dikatakan, Taman Bukit Tawau memiliki hampir 70 spesies haiwan mamalia, 9 spesies monyet, 54 spesies reptilia dan sehingga 108 spesies kupu-kupu. Bagi yang suka dengan aktiviti memerhati burung, di dalam taman bukit ini direkodkan terdapat sehingga 240 spesies burung. Rugi kalau tak teroka sendiri bukan?
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Taman Bukit Tawau, Tawau, Sabah

52. Klias Wetland River Cruise





Klias Wetland River Cruise
Sumber: WB Tours & Travel S/B

Klias Wetland adalah sebuah tarikan eko-pelancongan yang terletak di bahagian timur Beaufort, Sabah.
Untuk meneroka sekitar kawasan ini, anda boleh mengikuti River Cruise yang akan membawa anda menyelusuri sungai untuk melihat kekayaan flora dan fauna yang terdapat di kiri dan kanan perjalanan.
Sekiranya anda memilih untuk menyelusuri sungai pada waktu petang, anda dapat melihat suasana jelas sekitar hutan paya bakau yang menjadi habitat kepada pelbagai jenis hidupan liar yang cukup sinonim dengan kepulauan Borneo seperti monyet Belanda dan orang utan.
Lain pula pengalaman yang bakal ditempuhi sekiranya anda mengikuti River Cruise pada waktu malam kerana pada ketika ini sekitar sungai akan mula dihiasi oleh cahaya persis bintang yang berkerdipan disebabkan oleh kunang-kunang.
📍 Alamat
Alamat: Jalan Beaufort – Menumbok, Kampong Kota Klias, 89800 Beaufort, Sabah

51. Rezab Hidupan Liar Tabin (Tabin Wildlife Reserve)





Rezab Hidupan Liar Tabin Sabah
Sumber: tabin wildlife reserve

Berkeluasan 300,000 ekar, Rezab Hidupan Liar Tabin adalah rezab hidupan liar yang terbesar di Malaysia. Hutan hujan tropika ini kaya dengan fauna yang termasuklah beberapa spesies terancam seperti badak Sumatra.
Selain menjadi habitat bagi pelbagai jenis haiwan liar, Rezab Hidupan Liar Tabin turut memiliki beberapa tarikan lain seperti Gunung Berapi Lumpur di mana anda boleh bermandi lumpur untuk mendapatkan khasiatnya yang dikatakan boleh menghaluskan kulit, memerhati burung atau menyertai aktiviti memerhati hidupan liar pada waktu malam.
📍 Alamat
Alamat: Tabin Wildlife Reserve, Lahad Datu, Sabah

50. Berakit Jeram di Sungai Kiulu (Kiulu White Water Rafting)





Kiulu White Water Rafting Sabah
Sumber: Kiulu White Water Rafting – Local Price

Ingin melakukan aktiviti ekstrem bersama keluarga? Datanglah ke Sungai Kiulu. Tanpa mengira usia atau tahap kemahiran, sesiapa sahaja boleh mengikuti aktiviti berakit jeram di sungai ini. Dikategorikan sebagai Gred 1 dan Gred 2 (jaminan keselamatan), banyak operator aktiviti berakit jeram yang boleh anda temui di sini.
Dah memilih operator pilihan hati, anda boleh mula menyelusuri sungai yang berkepanjangan 15 km ini. Jangan lupa untuk membuka mata anda kepada pemandangan sekitarnya yang kaya dengan hidupan liar.
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: 89250, Tamparuli, Sabah

49. Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum (Danum Valley Conservation Area)





Danum Valley Conservation Area
Sumber: Danum Valley Conservation Area

Berkeluasan 440 km persegi, Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum adalah sebuah tarikan yang sering menjadi lokasi pilihan rakaman dokumenari antarabangsa. Kalau begitu menggoda pada pandangan mata produksi luar negara, sudah semestinya banyak khazanah yang tersimpan.
Untuk pengetahuan anda, Lembah Danum merupakan habitat bagi begitu banyak spesies  hidupan liar dan ini termasuklah orang utan, gajah Borneo, monyet Belanda, tupai terbang, ungka dan banyak lagi spesies hampir pupus yang lain.
Dalam ekspedisi penerokaan hutan ini bersama dengan renjer, anda turut berpeluang untuk melawat tapak pengebumian purba etnik Kadazan-Dusun.
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: Danum Valley Conservation Area, Lahad Datu, Sabah

48. Sungai Kinabatangan





Sungai Kinabatangan
Sumber: Amey Ammelia

Sabah bukanlah sebuah muka bumi yang boleh dipandang sebelah mata, kerana ia bukan sahaja memiliki gunung yang tertinggi, tapi juga salah satu sungai yang terpanjang di Malaysia (selepas Sungai Rajang), iaitu Sungai Kinabatangan.
Berkepanjangan mencecah 560 km, sungai ini diapit oleh hutan yang menjadi habitat pelbagai hidupan liar. Untuk menghayati keindahan sekitar sungai ini, terdapat banyak operator bot yang boleh dipilih.
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: Sungai Kinabatangan, Kinabatangan, Sabah

47. Tanjung Aru Perdana Park





Tanjung Aru Perdana Park
Sumber: @96insight

Sudah puas beraktiviti lasak dan ingin meluangkan sedikit masa yang ada dengan aktiviti yang lebih santai bersama yang tersayang? Datanglah ke Tanjung Aru Perdana Park.
Selain menjadi pilihan orang ramai untuk berjogging atau membawa anak-anak bermain di taman permainan, sebab lain kenapa ianya cukup istimewa dalam hati pengunjung adalah kerana kewujudan tarikan yang menghiburkan iaitu Musical Fountain Show yang bermula dari pukul 7 petang hingga 9 malam setiap hari.
Berkaitan dengan kemudahan yang disediakan, taman ini cukup mesra pengunjung kerana lengkap dengan kemudahan seperti tandas dan tempat meletak kereta yang boleh digunakan secara percuma. Turut terdapat di sini adalah pentas untuk program budaya.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Tanjung Aru Perdana Park, Jalan Melati, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

46. Tamu Pekan Beaufort





Tanjung Aru Perdana Park Sabah
Sumber: foursquare.com

Tamu Pekan Beaufort adalah lokasi di mana anda boleh menemui hampir segalanya dari daging, ikan, sayuran, tanaman, herba, buah-buahan, pakaian bundle, aksesori dan bermacam lagi produk tempatan yang lain.
Terasa lapar? Jangan risau, gerai yang menjual makanan siap pun tak kurang banyaknya, dari kuih-muih, masakan soto, bakso, mee rojak dan banyak lagi boleh ditemui di sini.
Sekiranya anda membawa kenderaan sendiri, anda boleh meletakkan kereta di dewan berdekatan, di kawasan taman rekreasi atau di masjid daerah.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Pekan Beaufort, 89807, Beaufort, Sabah

45. Borneo Quad Biking





Borneo Quad Biking Sabah
Sumber: Borneo Quad Biking

Quad biking ataupun lebih dikenali sebagai ATV adalah salah satu aktiviti lasak yang wajib anda cuba untuk berseronok sambil menyelami keindahan alam semula jadi yang ditawarkan negeri Sabah.
Salah satu operator ATV yang menjadi pilihan ramai di sini adalah Borneo Quad Biking yang terletak di Kampung Mantob, kalau tak ‘mantap’ juga percutian anda, tak tahulah kenapa kan?
Di sini anda dapat melalui pelbagai bentuk muka bumi yang mencabar dari laluan yang berlumpur hinggalah kepada kawasan yang curam. Sambil itu, deria mata anda akan dihidangkan dengan panorama indah kawasan perkampungan, sawah padi, kebun, hutan dan sungai. Mustahil untuk anda melupakan percutian ke Sabah dengan pengalaman seasyik ini.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Kampung Mantob, 89250 Tuaran, Sabah

44. Pulau Sapi





Pulau Sapi
Sumber: Sabah My Home Town

Bagi yang sukakan aktiviti lasak, di Pulau Sapi terletaknya Coral Flyer yang merupakan zipline yang terpanjang di dunia, tak main-main, serius, zipline yang terpanjang di dunia adalah di Sabah, dari Pulau Sapi ke Pulau Gaya, nak berflying fox, inilah dia lokasi paling ekstrem untuk dicuba.
Aktiviti lain yang mesti dibuat kalau sudah berada di sini adalah seperti snorkelling dan selaman skuba terutamanya pada waktu-waktu yang mana matahari memancarkan cahaya yang cerah, dengan air yang agak jernih, cahaya matahari dapat menembusi air laut yang membolehkan anda menikmati panorama indah hidupan di sekeliling batu-batu karang laut yang penuh warna-warni dengan jelas sekali.
Bulan Februari sehingga Mei merupakan bulan yang terbaik untuk melawat Pulau Sapi disebabkan pulau ini memiliki segalanya yang diidamkan oleh pencinta alam semulajadi seperti air laut yang jernih, hutan yang mekar hijau dan pantai yang berpasir putih, maka pada musim cuti (selain Feb-Mei), agak meriah dengan para pelancong.
📍 Alamat
Alamat: Pulau Sapi, Kota Kinabalu 88000, Sabah

43. Marine Museum





Marine Museum Sabah
Sumber: Honey Mark

Marine Museum Sabah dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti ruangan atrium yang dapat memberikan pengalaman seperti anda berada di dasar lautan, muzium yang memaparkan flora fauna di dalam laut dan akhir sekali adalah laluan paya bakau.
Anda dan anak-anak dapat melihat pertunjukan video tentang hidupan laut pada setiap Sabtu, 9.00am hingga 12.30pm dan seterusnya pula pada pukul 2.00pm hingga 4.00pm. Untuk melihat haiwan-haiwan laut yang penuh warna-warni ini diberi makan adalah pada setiap pukul 3.30pm hingga 4.00pm. Akuarium yang terletak di Universiti Malaysia Sabah ini dikatakan antara yang terbaik yang berada di Kepulauan Borneo.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Universiti Malaysia Sabah Borneo Marine Research Institute, Jalan UMS, Sabah, 88400 Kota Kinabalu

42. Masjid Kota Kinabalu





Masjid Kota Kinabalu
Sumber: Nelson Michael

Merupakan masjid kedua terpenting di Kota Kinabalu selepas Masjid negeri di Sembulan. Kos pembinaan Masjid Kota Kinabalu ini adalah 34 juta ringgit. Seni binanya diinspirasikan daripada Masjid Nabawi yang terletak di Madinah.
Juga digelar sebagai Masjid Terapung kerana dikelilingi oleh lagun buatan manusia. Bukan itu sahaja, masjid ini juga agak lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti mesin ATM, klinik penjagaan paliatif, 3 buah madrasah dan ladang ikan.
Kalau anda nak menikmati pemandangan masjid indah ini dengan lebih dramatik lagi dari air yang terdapat di sekeliling, anda boleh menaiki bot pedal yang disediakan pihak masjid. Jangan lupa bawa kamera anda sewaktu ke sini.
📍 Alamat
Alamat: Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabahc

41. Muzium Negeri Sabah





Muzium Negeri Sabah
Sumber: Surang Chuensamran

Dikelilingi oleh taman indah penuh kehijauan ini merupakan Muzium Negeri Sabah yang berkeluasan 17 hektar.  Selain taman yang indah, di sekitar muzium ini juga terletaknya sebuah zoo dan kampung warisan. Antara pameran lain yang terletak di kompleks ini adalah Muzium Peradaban Islam Sabah dan Pusat Sains dan Teknologi.
Satu destinasi yang wajid dilawati sekiranya ke Sabah kerana sangat banyak sekali yang dapat dilihat di sini bersama keluarga, kata orang sambil menyelam minum air, sambil makan angin, sambil mengisi ilmu di dada.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

40. Pasar Malam Sinsuran





Pasar Malam - Kota Kinabalu
Sumber: KK CIty

Terletak bersebelahan Hotel Le Meridien adalah Pasar Malam Sinsuran yang menjadikan mutiara sebagai tarikan utama, tapi… jangan lupa membuat kajian terlebih dahulu tentang bagaimana untuk mengesan mutiara original dan tipu ya.
Di samping itu, hasil kraftangan lain juga tak kurang banyaknya seperti T-shirt Sabah, magnet peti ais, dan lain—lain lagi yang boleh dijadikan cenderamata kepada yang tersayang. Pssst… jangan lupa tawar-menawar kalau ke sini, mesti dapat murah punyalah!
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lorong Guamantong, Sinsuran Kompleks, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

39. Pasar Filipina





Pasar Filipina Sabah
Sumber: Nurul Aida Zakaria

Pasar Filipina ini pula syurga bagi pencinta makanan, di sini anda dapat menemui pelbagai jenis makanan laut, maklumlah Sabah kan kaya dengan hasil laut.
Kalau anda ke sini, jangan lupa untuk mencuba makanan popular di sini (yang peliknya, bukan seafood), BBQ kepak ayam madu yang memang pergh! Sedap hingga menjilat jari!
Walau lapar macam mana sekalipun, jangan endahkan kebersihan kedai yang dipilih, nanti tak pasal-pasal satu keluarga tak dapat menikmati percutian di Sabah sebab sakit perut, kan susah.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

38. Signal Hill Observatory Platform





Signal Hill Observatory
Sumber: Lim Eng Seong

Bentuknya seperti UFO, tapi bukanlah UFO, ia merupakan dek pemerhatian yang terletak di Signal Hill, puncak tertinggi di Kota Kinabalu. Di sinilah anda dan keluarga dapat menikmati pemandangan terindah dan terbaik sekitar Kota Kinabalu, tiada yang dapat melawan pemandangan dari Observatory Platform ini.
Sudahlah berangin sepoi-sepoi, dapat pula anda menyaksikan pemandangan sekitar Kota Kinabalu sehingga ke pulau-pulau yang terdapat di sekelilingnya, menakjubkan tak dapat digambarkan dengan kata-kata, nak tahu, lihat sendiri.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Jalan Bukit Bendera, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

37. Kokol Hill





Kokol Hill
Sumber: Orang Putih Kita

Satu jam perjalanan dari Kota Kinabalu dan anda akan sampai ke Bukit Kokol yang terletak di Banjaran Crocker, sebuah banjaran yang memisahkan pantai timur dan pantai barat Sabah.
Selain Signal Hill Observatory Platform yang terdapat di Kota Kinabalu untuk mendapatkan pemandangan menyejukkan mata, di Bukit Kokol ini juga tidak kurang hebatnya, mungkin lebih menakjubkan lagi kerana dikelilingi hidupan semula jadi dan udara yang sangat menyegarkan.
Andai kata tak puas dengan hanya beberapa minit di bukit ini, anda boleh menginap di rumah penginapan ataupun resort yang terdapat di sini.
📍 Alamat
Alamat: Kota Kinabalu, Sabah

36. Kota Kinabalu Wetland Centre





Kota Kinabalu Wetland Centre
Sumber: Skyphotography

Hutan bakau yang berkeluasan 24 hektar ini kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna yang mengujakan sesiapa sahaja yang melihat. Antara haiwan yang dapat disaksikan di sini adalah seperti ketam bakau, penyu dan biawak.
Di Kota Kinabalu Wetland Centre ini disediakan ruang jalan berpapan berkepanjangan 1.5 km yang membuatkan hutan ini dapat diterokai oleh kanak-kanak kecil dengan selamat.
Selain itu, untuk pengetahuan anda, lokasi ini juga terkenal bagi mereka yang mencintai burung, di sini terdapat lebih kurang 80 spesis burung yang berterbangan bebas di sekeliling hutan, sesuailah dengan nama asalnya sebelum ditukar kepada Wetland Centre iaitu Kota Kinabalu City Bird Sanctuary.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Jalan Bukit Bendera Upper, Taman Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

35. Masjid Negeri Sabah





Masjid Negeri Sabah
Sumber: Kota Kinabalu Car Rental

Masjid Negeri bagi negeri Sabah ini memiliki seni bina yang menggabungkan bangunan-bangunan pada zaman keagungan Islam dan zaman moden.
Kubah masjid ini pula diinspirasikan daripada masjid yang terkenal di dunia iaitu Masjid Biru di Istanbul, Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis dan Masjid Jame di New Delhi, manakala, menaranya yang berketinggian 215 kaki pula diambil dari rekaan Masjid Nabi di Madinah dan Masjidil Haram di Mekah.
Ilham rekaan yang begitu kreatif dan pelbagai sekali bukan? Lain dari yang lain, jadi tak perlu berfikir panjang, lawatilah masjid ini bersama keluarga untuk lihatlah sendiri keindahan rekabentuknya yang sangat mengagumkan.
📍 Alamat
Alamat: Jalan Tunku Abdul Rahman, Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

34. Pantai Tanjung Aru





Pantai Tanjung Aru
Sumber: TrekEarth

Kalau anda tertanya-tanya manalah nak berkelah kalau menginap di sekitar Kota Kinabalu ni, jawapannya adalah di Pantai Tanjung Aru yang hanyalah 6 km sahaja dari bandar. Memang syok. berkelah di sini, fasilitinya juga sangat lengkap sekali, memudahkan anda yang membawa anak kecil dengan bermacam ragam.
Di sini anda dapat menikmati pelbagai makanan yang dijual di tepi pantai, air kelapa, air tebu, sate, apa sahaja yang anda bayangkan sesuai dimakan di tepi pantai, hampir kesemuanya ada.
Lagi info penting yang perlu anda tahu sebelum ke sini adalah waktu matahari terbenam di sini, iaitu pada pukul 5.30 dan ke atas, ya, memang awal, dan ya, anda perlu tahu kalau anda bercadang ke pantai, kerana pada waktu inilah pemandangan paling indah dalam hidup anda dapat dinikmati.
📍 Alamat
Alamat: Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

33. Sabah Indoor Climbing Centre





Sabah Indoor Climbing Centre
Sumber: Sabah Indoor Climbing Centre

Apa? Tak pernah ber’wall climbing’? Jangan risau, jangan sedih, di sini terdapat ramai pakar-pakar wall climbing yang dapat membantu anda menjadi seorang wall climber yang tidak gentar menghapi cabaran sekiranya anda singgah ke Sabah Indoor Climbing Centre yang terletak di Likas Sports Complex KK.
Beraktiviti lasak bersama keluarga adalah satu aktiviti yang sangat bermanfaat kerana dapat menaikkan keyakinan diri dan sifat kepimpinan ahli keluarga terutama anak-anak. Seronok dan berfaedah, bawa sahaja keluarga ke sini, mesti enjoy punya!
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Likas Sports Complex KK, Kota Kinabalu

32. Tambunan Rafflesia Reserve





Tambunan Rafelesia Reserve
Sumber: Wen Chih Lin

Hanyalah 1 jam perjalanan dari Kota Kinabalu, anda akan sampai ke Tambunan Rafflesia Reserve yang menawarkan aktiviti jungle trekking untuk mencari bunga rafflesia yang merupakan bunga yang paling unik, paling pelik dan paling besar di dunia ini, banyak sebab untuk anda melihat bunga Rafflesia ini di depan mata sendiri.
Namun begitu, bersedialah untuk menghidu bau yang agak kurang enak sebaik mendekati bunga ini. Nak tahu kenapa ia bunga tapi busuk? Bunga Rafflesia ini mengeluarkan bau busuk untuk menarik perhatian lalat dan serangga untuk menuju ke arahnya dan pap!
dimakan begitu sahaja. Itulah kisahnya mengapa bunga ini pelik. Walau bagaimanapun, bunga ini hanya berkembang beberapa hari sahaja, good luck!
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Tambunan Raflesia Reserve, 500, 89650 Tambunan, Sabah

31. Monsopiad Cultural Village





Monsopiad Cultural Village Sabah
Sumber: Skypod Hostel

Pada suatu ketika dahulu, terdapat sekumpulan lanun datang dan cuba merompak daripada kawasan perkampungan suku kaum Monsopiad, bertindak dengan pantas, ketua kampung suku kaum itu menangkap dan membunuh lanun-lanun itu, kepala mereka dijadikan hiasan pada pagar di sekeliling kampung untuk menakutkan lanun yang lain. Kini, anda dapat melihat tengkorak-tengkorak ini digantung pada siling rumah panjang di kampung warisan Monsopiad.
Di samping tengkorak sebagai antara tarikan paling top di sini, anda juga dapat melihat kehidupan sebenar masyarakat Monsopiad, seperti makanan tradisional mereka, kepercayaan, tarian dan pakaian mereka.
Lagi satu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba meniup sumpit yang menjadi senjata utama masyarakat ini dalam menyerang musuh. Mungkin anda pahlawan yang mereka cari selama ini.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Kampung Kuai Kandazon, Penampang, 89507 Kota Kinabalu, Sabah


30. Borneo Trading Post





Borneo Trading Post
Sumber: KK Waterfront

Pejam mata sekali sahaja, anda mungkin terlepas pandang barangan yang sangat menarik untuk dijadikan tanda ingatan sebaik pulang dari Sabah nanti. Punyalah menarik barangan-barangan di sini sampaikan susah nak membuat pilihan, macam nak beli semua je.
Borneo Trading Post ini terkenal dalam kalangan pelancong-pelancong asing kerana produk-produk yang dijual dan keunikan kebanyakan barangan di sini yang sukar ditemui di tempat jualan kraf yang lain.
Antara barangan yang boleh ditemui di sini adalah seperti tempat menyimpan nasi, mangkuk-mangkuk, barang kemas dan banyak lagi produk buatan kayu yang lain. Hati-hati berbelanja di sini, boleh licin poket.
📍 Alamat
Alamat: Jalan Tun Fuad Stephens | Lot 16 the Waterfront, Kota Kinabalu 88000

29. North Borneo Railway





North Borneo Railway
Sumber: Bigfoot Services LTD

Rasailah pengalaman menaiki kereta api yang penuh nostalgia di North Borneo Railway, laluan kereta api yang tertua di Borneo dan Sabah. Satu peluang yang tak boleh disia-siakan kalau anda datang ke Sabah.
Anda akan disajikan dengan penorama indah hutan-hutan hujan, sawah-sawah padi, bandar-bandar di pesisir pantai dan banyak lagi yang sangat menakjubkan sepanjang perjalanan menaiki kereta api klasik ini.
Ciri-ciri klasik kereta api ini bukan sahaja dari segi luarannya, malahan ruangan dalamannya membuatkan anda terasa seperti hidup di dalam era 1900-an. Satu pengalaman yang unik dan pasti tidak dapat dilupakan anda sekeluarga. Berminat? Perihal lain berkaitan kereta api ini adalah seperti berikut:
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: North Borneo Railway, Jalan Utama Sutera Harbour 88100

28. Desa Cattle Dairy Farm





Desa Cattle Dairy Farm
Sumber: Anna Jimenez

Desa Cattle Dairy Farm ini juga digelar sebagai New Zealand Kecil negeri Sabah kerana panorama sekelilingnya yang kelihatan seperti di negara orang Maori itu. Pemandangan ladang lembu ini sangat menyejukkan mata dengan kehijauan rumputnya yang seluas pandangan mata.
Bukan itu sahaja, bukit-bukau di sekeliling ladang ini juga menjadikan pemandangan 100 kali lebih memukau sesiapa sahaja yang datang. Kalau dah datang ke sini, jangan lupa untuk membeli produk-produk tenusu hasil dari ladang ini, segar dan sedap!
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Desa Cattle Dairy Farm, 89308 Kundasang, Sabah

27. Taman Kinabalu





Taman Kinabalu
Sumber: Sabah Hacks

Taman ini merupakan tempat di mana eksplorasi pendakian puncak Gunung Kinabalu dimulakan. Taman ini sendiri sudah cukup tinggi sebenarnya, 1585 meter dari paras laut.
Taman Kinabalu ini dijadikan sebagai kawasan biologikal yang paling penting di dunia dengan lebih daripada 4500 jenis flora dan fauna yang merangkumi 100 jenis mamalia, lebih daripada 110 jenis siput darat dan 326 jenis burung.
Sangat menakjubkan, tak perlu ke zoo negara untuk melihat semua haiwan ini, datang sahaja ke Taman Kinabalu, lagi realisitik! Lain daripada itu, jangan lupa untuk singgah ke Monumen Gempa Bumi Kinabalu di taman ini juga.
Di samping itu, anak-anak anda pasti seronok dapat melihat banyak tupai yang comel di pagar Timpohon yang terdapat di taman ini, nak lagi syok, bawa makanan untuk diberi kepada haiwan comel ini, serius geram melihat mereka makan makanan yang diberikan dengan penuh semangat.
📍 Alamat
Alamat: Mount Kinabalu National Park, 89300 Ranau, Sabah

26. Kundasang War Memorial





Kundasang-War-Memorial
Sumber: Audrey Ling

Mula dibuka pada tahun 1962, tapak memorial ini digunakan untuk memperingati wira-wira warga Australia, British dan masyarakat tempatan yang terbunuh sewaktu peperangan dunia kedua meletus.
Di sebalik memperingati wira-wira yang berani ini, anda dapat menikmati pemandangan indah taman-taman yang terdapat di sini yang berbeza tema untuk menggambarkan perbezaan kewarganegaraan wira-wira ini sepeti Taman Australia, Taman Inggeris, Taman Borneo dan akhir sekali ialah Taman & Kolam Renungan (Contemplation).
Kawasan persekitaran taman ini terjaga dengan baik sekali, ini memberikan ketenangan yang tak terkira kepada sesiapa sahaja yang datang. Oh! Jangan lupa untuk mencuba kepak ayam di gerai yang terletak dekat sahaja dari pintu masuk memorial ini, sedap!
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Kundasang War Memorial, 90 Km, Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 89300, Ranau, Sabah

25. Ladang Teh Sabah





Ladang Teh Sabah
Sumber: Lee Yew Leung

Ladang Teh Sabah ini merupakan ladang teh organik yang satu-satunya di kepualauan Borneo. Berketinggian 2272 kaki dari aras laut dan berkeluasan 6200 ekar, dari sini anda dapat melihat pemandangan hutan rimba dan Gunung Kinabalu yang sangat mengasyikkan.
Perjalanan anda di sini tidak patut berhenti di ladangnya sahaja, alang-alang dah sampai, singgahlah ke kilang tehnya sekali, baru lengkap perjalanan anda.
Di kilang ini, anda dapat melihat demonstrasi pembuatan teh dari proses ia dipetik, dibersihkan, digredkan, pendek kata dari A ke Z. Sangat informatif dan bermakna untuk anak-anak kecil yang bersifat ingin tahu.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Ladang Teh Sabah, KM 17, Jalan Ranau/Sandakan Kampung Nalapak Beg berkunci No.2, 89309, Ranau, Sabah



24. Ranau Paragliding Park





Ranau Park Gliding Park Sabah
Sumber: Suara Sabah

108 km dari Kota Kinabalu terletaknya sebuah kota, Ranau yang memiliki bentuk muka bumi bergunung-ganang dan becuaca agak sejuk dengan udara yang menyegarkan.
Untuk yang ingin melakukan aktiviti ekstrem, datanglah ke Ranau Paragliding Park di mana anda dapat berpragliding ibarat burung yang terbang bebas sambil menikmati pemandangan sekitar yang indah, anda dapat melihat kawasan perkampungan dan sawah-sawah padi yang terbentang luas. Satu pengalaman yang sukar dilupakan.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Ranau Paragliding Park, Jalan Kompleks Sukan Ranau, 89308 Ranau, Sabah

23. Pekan Kundasang & Pekan Nabalu





Pekan Kundasang
Sumber: Borneo Hotel

Dikelilingi gunung-ganang yang sangat indah, terdapatnya pasar yang menjual bermacam sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar dan organik di Pekan Kundasang, persis Cameron Highland, sejuknya juga lebih kurang sahaja samanya seperti di sana.
Kalau anda ingin memberikan orang tersayang anda sesuatu yang istimewa, bunga-bungaan segar yang bermacam warna ada juga dijual di sini. Kalau dah cuaca pun seperti di Cameron Highland, sudah tentu ada saja buah comel yang berwarna merah itu, strawberry, segar dan sedap dimakan begitu sahaja.
Di Pekan Nabalu pula, anda dapat melihat ramai penduduk tempatan yang terdiri daripada kaum Dusun meniagakan pelbagai barangan kraftangan yang menarik, boleh rambang mata, kempis poket kalau ke sini, bahaya, bahaya…
📍 Alamat
Alamat: Pekan Nabalu, 89150 Ranau, Sabah | Pekan Kundasang, 89308 Ranau, Sabah

22. Rumah Terbalik Tamparuli





Rumah Terbalik Tamparulli
Sumber: 1 Sabah

Bagaimanalah agaknya kan kalau dunia ini semuanya terbalik? Agak-agak pening tak kepala? Nak tahu macam mana rasanya hidup dalam dunia yang serba tak kena ni bolehlah ke Rumah Terbalik Tamparuli, kesemuanya, daripada rumah sehinggalah ke perabot dalamannya semuanya terbalik.
Selain daripada tarikan Rumah Terbalik Tamparuli ini, di sekitar kawasan ini juga terdapat 3D Wonders Museum yang mempamerkan karya-karya seni 3D.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Rumah Terbalik Tamparuli, Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli 89250

21. Pulau Selingan





Pulau Selingan
Sumber: Khairul Hizad

Untuk menuju ke Pulau Selingan ini, anda perlu menaiki bot dari Sandakan yang memakan masa 50 minit merentasi Laut Sulu. Setibanya di sini nanti anda dapat melihat kepelbagaian flora yang terdiri daripada hutan bakau, pokok lantana dan lain-lain lagi.
Apa yang menariknya di Pulau Selingan ini adalah kerana ia menjadi tempat pembiakan utama penyu-penyu sehinggakan pulau ini dijadikan Pulau Konservasi Penyu.
Waktu-waktu kebiasaan penyu ini datang ke pesisir pantai adalah seawal jam 7 petang dan selewat jam 2 pagi. Bersekang matalah kalau anda ke sini menunggu penyu-penyu menunjukkan kehadirannya.
Yang seronoknya lagi, apabila telur-telur penyu ini menetas, anda sekeluarga dapat menyentuh haiwan comel ini sebelum dibiarkan bebas ke lautan.
📍 Alamat
Alamat: Selingan Turtle Island, Pulau Selingan, Sabah

20. Pulau Gulisan





Pulau Gulisan
Sumber: Marina Court

Seterusnya, Pulau Gulisan juga merupakan salah satu daripada 3 Taman Laut Pulau Penyu di Sabah, pulau-pulau yang lain adalah Pulau Selingan dan Pulau Bakungan. Pulau Gulisan ini adalah yang terkecil antara 3 pulau yang lain.
Kalau anda ke pulau ini, anda dapat menyaksikan sendiri penyu-penyu comel ini menetaskan telur di bahagian utara, timur dan barat daya kawasan pulau ini.
📍 Alamat
Alamat: Pulau Gulisan, Sabah

19. Sepilok Orang Utan Centre





Sepilok Orang Utan Centre
Sumber: Yaxa Reizen

Orang utan merupakan salah satu daripada haiwan yang banyak kerenah yang menghiburkan hati. Kalau anda ke Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre, anda dan keluarga dapat melihat bayi orang utan yang tak duduk diam bergerak dari sana ke sini menggunakan tali-tali dan tayar yang tergantung di merata tempat.
Masing-masing memiliki personaliti tersendiri yang menambahkan lagi keterujaan sesiapa sahaja yang melihat. Walau bagaimanapun, untuk tujuan keselamatan, pelawat hanya boleh berjalan di atas ruang jalan yang disediakan dan tidak dibenarkan untuk mendekati haiwan-haiwan ini. Dapat tengok secara live pun dah cukup puas hati kan, bukan senang nak jumpa.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah

18. Rainforest Discovery Centre





Rainforest Discovery Centre
Sumber: Amazing Borneo

Terletak 23 km dari kawasan pekan Sandakan adalah Rainforest Discovery Centre yang memberikan peluang kepada para pelawat untuk menyelami kehidupan alam semulajadi melalui pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan.
Yang paling menarik sekali adalah ruang jalan berkanopi di mana anda dapat berjalan melaluinya sambil menikmati pemandangan flora dan fauna di sekeliling ditemani bunyi siulan burung-burung yang terdapat banyak di hutan hujan ini.
Di samping itu, anda dapat melihat pelbagai lagi binatang lain seperti orang utan, rusa, tupai dan monyet. Jangan lupa untuk bawa kamera anda kalau ke sini, setiap sudut hutan ini menawarkan pemandangan yang indah.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Rainforest Discovery Centre, Sepilok, 90715 Sandakan, Sabah

17. Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary





Probosis-Monkey Sanctuary Labuk Bay
Sumber: Borneo Adventure

Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary ini terletak di dalam hutan bakau Semawang. Di sini anda sekeluarga dapat melihat monyet belanda yang lain daripada monyet lain dari segi saiz hidungnya yang agak panjang dan perutnya yang besar dan kepala dengan bulu yang agak kemerahan.
Haiwan yang memiliki fizikal yang unik ini sangat menarik untuk dilihat di depan mata sendiri. Selain daripada monyet belanda, anda dapat juga melihat hidupan liar yang lain seperti tupai terbang dan kunang-kunang.
Sehari memang tak cukup untuk melihat segala yang ditawarkan di sini, anda boleh menginap di chalet untuk menerokai kawasan ini sepuas hati sebelum ke tempat lain.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, Off Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah


16. Sandakan Memorial Park





Sandakan Memorial Park
Sumber: Top Peak Travel

Dahulunya pada zaman sebelum kemerdekaan dan tanah Melayu dijajah komunis, situasi di Sandakan ibarat neraka dunia. Pihak Jepun telah menjadikan dalam 3000 tentera British Australia dan New Zealand sebagai tawanan perang yang mana hanya 6 orang terselamat kerana berjaya melepaskan diri. Namun kini, peristiwa pahit ini telah berakhir dan yang tinggal adalah sebuah kisah yang menyentuh hati sesiapa sahaja yang melawati bekas kem tahanan ini.
Siapa sangka sebuah taman yang dikelilingi pokok-pokok rendang dan penuh ketenangan ini sebenarnya menyimpan memori yang penuh duka. Datanglah ke taman ini bersama keluarga untuk memperingati ketahanan dan ketabahan tawanan perang pada zaman negara ini dijajah.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Sandakan Memorial Park, Mile 8, Jalan Labuk Utara, Taman Rimba, 90702 Sandakan, Sabah

15. Pulau Lankayan

Pulau Lankayan
Perjalanan ke Pulau Lankayan dari Sandakan memakan masa lebih kurang 1 jam setengah. Apabila anda sampai sahaja ke pulau ini anda dapat melihat air lautnya yang begitu jernih, penyu-penyu sibuk ke hulu ke hilir, satu pengalaman yang sangat menyeronokkan seluruh ahli keluarga.
Pulau ini kecil sahaja, mungkin hanya memakan masa dalam 15 minit untuk habis pusing satu pulau indah ini. Aktiviti yang sering dilakukan di sini adalah snorkelling, dengan air yang jernih, panorama di dalam laut dapat dinikmati dengan jelas sekali, pemandangan di dalam air Pulau Lankayan yang kaya dengan hidupan laut penuh warna-warni ini ternyata sangat mempesonakan.
📍 Alamat
Alamat: Pulau Lankayan, Sabah

14. Gomantong Cave





Gomantong Cave
Sumber: Sharif Putra

Kawasan di sekeliling Gua Gomantong dan di gua ini sendiri dipelihara dengan baik sekali untuk membiarkan hidupan liar hidup dalam habitat mereka tanpa sebarang masalah.
Dalam perjalanan ke gua ini anda dapat menikmati suasana penuh ketenangan di dalam hutan tapi jangan terkejut pula kalau terjumpa orang utan tiba-tiba yang mungkin berjalan di atas kanopi ruang jalan kerana kawasan hutan di sini menjadi habitat haiwan ini juga.
Setibanya di gua itu nanti, anda perlu bersedia dengan bau najis kelawar yang agak menusuk hidung, dan bagi anda yang membawa keluarga terutama kanak-kanak, perlu tabahkan diri melihat agak banyak lipas yang ada di sini. Agak mencabar, tapi satu pengalaman yang menarik untuk disimpan di dalam memori.
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: Gomantong Caves, 90000 Kinabatangan, Sabah

13. Bornean Sun Bear Conservation Centre





Borneo Sun Bear Conservation Centre
Sumber: Women On The Road

Kalau anda menyangka beruang hanya berada di kawasan yang sejuk seperti di antartika dan lain-lain, ternyata anda salah, kerana di Bornean Sun Bear Conservation Centre anda dapat mendekati beruang matahari yang juga merupakan antara spesis beruang yang paling kecil di dunia.
Antara kemudahan yang disediakan di pusat ini adalah dek pemerhatian, pusat pelawat dan ruang jalan berpapan. Selain itu, untuk pengetahuan anda, terdapat lebih daripada 40 ekor beruang matahari yang dapat dilihat di sini.
Jangan lepaskan peluang untuk melihat haiwan-haiwan comel ini pada waktu mereka aktif iaitu dari pukul 9.30am ke 3.00pm.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Bornean Sun Bear Conservation Centre, PPM 219, Elopura, 90000 Sandakan, Sabah

12. Pasar Tanjung Tawau





Pasar Tanjung Tawau
Sumber: Tawau

Pasar ini dikatakan sebagai pasar tertutup yang terbesar di Malaysia dengan 6000 buah gerai. Bermacam jenis barangan boleh ditemui di sini dari makanan laut, rempah ratus hinggalah ke barangan-barangan logam untuk kemudahan di dapur.
Antara yang menjadi tarikan utama para pelancong di sini adalah amplang yang dijual murah. Bagi anda yang sukakan ikan bilis, kualiti ikan ini di sini agak memuaskan, segar dan murah pula tu. Apa-apa pun, sebagai orang yang bijak berbelanja, jangan lupa untuk tawar-menawar, baru puas hati!
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Pasar Tanjung Tawau, Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

11. Maliau Basin Conservation Area





Maliau Basin
Sumber: Saya Orang Sabah

Maliau Basin Conservation Area adalah kawasan hutan yang menyeronokkan untuk aktiviti memerhati burung dan merentas hutan. Untuk aktiviti merentas hutan, ia boleh dilakukan pada malam hari untuk melihat haiwan liar yang bebas di habitat mereka.
Kalau anda betul-betul serius ingin menerokai hutan ini, jangan lupa untuk memakai pakaian dan kasut yang sesuai, penting juga untuk memakai stokin yang dapat menyelamatkan anda daripada pacat, dan dinasihatkan untuk anda memakai penolak serangga ataupun insect repellent pada kulit.
Menerokai hutan ini memang mencabar dan tidak begitu sesuai untuk kanak-kanak dan untuk orang yang kurang stamina.
📍 Alamat
Alamat: Maliau Basin Conservation Area, Sabah

10. Hutan Simpan Bukit Gemok





Hutan Simpan Bukit Gemok
Sumber: Ahmad Shukri

Hutan Simpan Bukit Gemok memiliki ruang jalan berkanopi yang terpanjang di Sabah yang dapat dilihat setelah 1 jam lebih pendakian. Sepanjang perjalanan di dalam hutan ini anda akan menemui beberapa buah pondok yang disediakan untuk anda bersantai setelah penat berjalan, tandas juga disediakan untuk para pelawat.
Antara haiwan yang dapat dilihat di hutan ini adalah tupai, rusa, burung-burung yang pelbagai jenis dan banyak lagi. Tapi diingatkan juga, sekiranya anda berniat untuk  merentas hutan ini, pakai pakaian dan kasut yang sesuai.
Di samping itu, anda perlu berhati-hati kalau datang ke sini pada musim hujan, perjalanan boleh menjadi lebih mencabar dengan jalan yang agak berlumpur dan licin.
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: Hutan Simpan Bukit Gemok, Tawau, Sabah

9. Balung River Eco Park





Balung River Eco Park
Sumber: Diari Perantau

Taman ini pernah memenangi anugerah Tarikan Alam Semulajadi Terbaik pada tahun 2003, apa lagi cara terbaik untuk menghabiskan percutian anda sekeluarga kalau bukan di taman indah ini.
Bukan setakat cantik, malahan, banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat di sini untuk berseronok bersama keluarga seperti berenang, merentas hutan, memancing, memerhati burung, perkhemahan, berkelah, campfire dan lain-lain lagi.
Untuk penginapan yang selesa, anda boleh menetap di chalet yang dibina dengan menggunakan kayu balak dan batuan sungai untuk memberikan pengalaman seperti tinggal di kawasan desa, agak realistik suasana desa di sini.
Lebih-lebih lagi, anda dapat melihat buah naga dan macam-macam lagi pokok buah lain yang tumbuh segar di kawasan sekitar. Tiada sebab untuk tidak ke sini bukan?
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: Balung River Estate, Sabah

8. Monumen Menara Loceng





Tawau Bell Tower
Sumber: Lee Chye Ewe

Bangunan bersejarah, Monumen Menara Loceng yang berusia lebih daripada 100 tahun ini terletak di hadapan pejabat Pos 2020. Monumen ini dikatakan sebagai yang paling antik yang terdapat di Tawau.
Apabila anda ke sini, jangan terkejut pula melihat yang ‘menara loceng’ ini sebenarnya sudah tiada locengnya, tapi namanya masih lagi kekal sedemikian rupa.
📍 Alamat
Alamat: Monumen Menara Loceng, Padang Bandaran Tawau

7. Pulau Tiga





Pulau Tiga
Sumber: @scifo_bryan

Pulau Tiga merupakan salah satu daripada 3 buah pulau yang terletak di Taman Negara Pulau Tiga. Pulau Tiga sebenarnya lebih dikenali sebagai Pulau Survivor, kenapa? Kalau anda nak tahu, pulau ini menjadi lokasi penggambaran musim pertama siri TV Amerika, Survivor. Bukan calang-calang rupanya status pulau ini.
Antara aktiviti menarik yang boleh dibuat di sini adalah berenang, snorkeling, berkayak dan juga berendam di dalam gunung berapi lumpur kecil. Menurut penduduk setempat, berendam di dalam lumpur ini dapat menyembuhkan bermacam penyakit kulit.
Mesti anda terfikir, tak panas ke lumpur gunung berapi ini? Tak perlu risau kerana lumpur ini hanyalah suam-suam kuku sahaja, memang syok untuk berendam.
📍 Alamat
Alamat: Pulau Tiga, Sabah

6. Weston Wetland Park





Weston Wetland Park
Sumber: Classic Holidays

Weston Wetland Park menawarkan pemandangan indah dengan haiwan-haiwan yang tenang di habitat masing-masing.
Pasti anak-anak anda seronok dapat melihat dengan lebih dekat monyet-monyet belanda yang bergerak bebas di sekeliling, dari pokok ke pokok. Apabila waktu matahari terbenam pula, anda dapat menikmati pemandangan terbaik dari sungai di taman ini.
Tiba sahaja waktu malam, anda dan keluarga boleh menaiki bot untuk melihat banyak kunang-kunang yang memancarkan cahaya seperti lampu lip lap, satu pemandangan yang mengujakan, membuatkan anda ingin menyimpan memori ini dalam botol kaca, tapi, malangnya, memori tidak boleh disimpan sebegitu rupa. Yang penting, kekal jelas dalam memori.
📍 Alamat
Alamat: Weston Wetland Park, 89800 Beaufort, Sabah

5. Pulau Kapalai





Pulau Kapalai
Sumber: Travel Mogul

Pulau Kapalai yang turut dikenali sebagai Maldives negara Malaysia ini terletak 15 km dari Sipadan. Perjalanan ke sini dari Pulau Mabul yang tak kurang hebatnya hanyalah 15 ke 20 minit perjalanan menaiki bot.
Aktiviti yang terkenal yang sering dilakukan di sini adalah muck diving ataupun aktiviti menyelam ke dasar laut untuk menerokai makhluk makro yang terdapat di bahagian dasar, satu pemandangan yang agak menakjubkan. Anda juga boleh menyewa kayak dariapada resort-resort yang terdapat di pulau ini.
📍 Alamat
Alamat: Pulau Kapalai, Tawau, Sabah

4. Pulau Sipadan





Pulau Sipadan
Sumber: ryzal118

Pulau Sipadan yang hanya berkeluasan 12 hektar ini cukup terkenal dengan kekayaan ekosistem marinnya. Mana taknya, terdapat lebih daripada 3000 spesis ikan dan juga terumbu karang yang ditemui di sini.
Pulau Sipadan disenaraikan sebagai destinasi menyelam terbaik di dunia di dalam majalah Rodale’s Scuba Diving. Bukan itu sahaja, pulau ini turut menjadi tempat pembiakan penyu. Apa lagi yang anda fikirkan, jadikan Pulau Sipadan sebagai destinasi yang wajib dilawati kalau ke Sabah.
📍 Alamat
Alamat: Pulau Sipadan 91307, Sabah

3. Pulau Mabul





Pulau Mabul
Sumber: Big John Scuba

Pulau Mabul terkenal dalam kalangan para penyelam kerana ia terletak dekat dengan Pulau Sipadan yang merupakan destinasi terbaik untuk aktiviti ini. Terletak hanya 15 km dari Sipadan, pulau yang berkeluasan 20 hektar ini ditumbuhi oleh pokok palma dan memiliki kawasan-kawasan pantai yang kecil.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah menyelam skuba di mana anda dapat menyaksikan pelbagai hidupan laut yang menarik seperti ikan katak, ikan kalajengking, jawfish dan banyak lagi yang unik dan menarik untuk dilihat.
📍 Alamat
Alamat: Pulau Mabul, Sabah

2. Pulau Layang-Layang





Pulau Layang Layang
Sumber: Awesome Nature

Pulau Layang-Layang ini terletak agak jauh dari pesisir Sabah iaitu 300 km. Kawasan di sekeliling pulau ini sangat jernih dan tidak tercemar sedikit pun kerana kedudukannya yang agak jauh dari sebarang gangguan dan pembangunan.
Hati-hati, air di sini turut menjadi tempat jerung berkeliaran. Untuk anda yang suka menyelam, pasti anda berasa seronok dengan panorama laut yang ditawarkan di sini, begitu indah sekali dengan bermacam spesis hidupan yang penuh warna-warni yang dapat dilihat dengan jelas.
📍 Alamat
Alamat: Pulau Layang-Layang, Sabah

1. Pulau Manukan





Pulau Manukan
Sumber: Kembara Nusantara

Air laut tenang di Pulau Manukan menjadikan ia selamat untuk sesiapa sahaja termasuklah kanak-kanak. Sebagai sebuah pulau ke-2 yang terbesar di Taman Marin Tunku Abdul Rahman, ia menjadi destinasi pilihan ramai pelancong, tapi, anda jangan risau, ada ruang untuk semua orang mendapatkan percutian penuh ketenangan.
Sebagai sebuah pulau yang berhutan, anda dapat bersantai di bawah rimbunan pokok sambil menikmati udara segar Pulau Manukan setelah puas berenang.
Aktiviti yang terkenal di Pulau Manukan adalah snorkelling. Lokasi terbaik untuk anda melakukan aktiviti ini adalah kawasan laut yang dalam sedikit berdekatan dengan jeti dan jauh dari kawasan pantai yang dipenuhi pelawat.
Di sini terdapat taman batu karang yang sangat indah. Bagi anda yang tak pandai berenang, boleh menggunakan jaket keselamatan yang disediakan.
📍 Alamat
Alamat: Manukan Island, Kota Kinabalu, Sabah

Anda rasa senarai ini pun sudah cukup banyak untuk membuktikan keindahan dan keunikan negeri ini? Tidak sama sekali, sebenarnya banyak lagi destinasi menarik yang terdapat di Sabah.
Sebagai negeri kedua yang terbesar di Malaysia yang terletak di kepulauan Borneo yang merupakan pulau ketiga terbesar di dunia, sukar untuk dikalahkan oleh negeri lain dari segi bilangan destinasi menarik untuk dilawati. Kekayaan flora dan faunanya menjadi idaman ramai para pelancong dalam dan luar negara yang menginginkan ketenangan dari kesibukan kota.
Kredit : https://www.maisinggah.com


Nak buat DUIT tepi hanya dengan SHARE Di FACEBOOK ??  KLIK SINI & SINI
Nak SHOPPING sambil BERJIMAT ??  KLIK SINI  
Nak buat SURVEY sambil dapat GANJARAN ?? KLIK SINI


Lagi Artikel Terbaik Untuk Anda

Jana Income Dengan INSTAGRAM !

Jana Income Dengan FACEBOOK FANPAGE !

Kongsikan Pendapat atau Cadangan Anda kepada JOMLAHH TRAVEL

Name

Email *

Message *